Subscribe:

June 30, 2012

Pet Rock, 1975



Millionaire Gary Dahl, inventor Pet Rock.

Pada 1975, Gary Dahl yang bekerja sebagai esekutif pengiklanan, melancarkan satu produk ‘Pet Rock’ yang menjadikan beliau jutawan sekelip mata. Kejayaannya amat menakjubkan, beliau mencapai status multi-millionaire dalam masa enam bulan sahaja, dan disebabkan kos penghasilan produk itu teramat rendah.


Apa itu Pet Rock?

Pet Rock adalah batu kerikil biasa, tapi dijual sebagai binatang peliharaan. Ini idea mengarut, tapi hakikatnya jualan Pet Rock ini pernah mencapai beratus ribu unit sebulan, dan melonjak pada hari Krismas.

Idea menjual batu kerikil sebagai peliharaan bermula semasa Dahl berada di sebuah bar. Rakannya komplen tentang anjing tua yang sering bermasalah dan cerewet menjaga. Ini memberi beliau idea tentang ternakan ideal. Binatang peliharaan yang ideal tak cerewet dijaga, tak perlu diberi makan, tak berak merata rata, tak sakit dan tidak degil, macam seketul batu.

Walaupun mengarut, akan tetapi Dahl memandang serius idea rakannya. Dia kemudiannya mengambil masa beberapa minggu untuk merangka draf tentang kemungkinan menjadikan batu kerikil sebagai Pet. Ini termasuklah mencipta bahasa batu, dan instruction manual bagaimana untuk menjaga batu tersebut sebagai mungkin agar tidak ‘sakit’ dan mati.



Pet Rock dijual dengan harga $ 3.95 seekor, dan dianggarkan 5 juta unit telah dijual dalam masa 6 bulan. Harga itu agak tinggi, lebih lebih lagi pada tahun 1975. Dahl menganggrkan kos keseluruhan penghasilan Pet Rock adalah kurang $0.30 sahaja. Sekiranya ditambah kos penghantaran dan logistic, itu menjadikan keseluruhan kosnya $0.95, dan Dahl masih untung bersih $3 untuk setiap jualan Pet Rock ni. Dahl mengumpul keuntungan USD15 juta dolar pada masa tu, atau USD60 juta pada hari ini dalam masa 6 bulan saja.


Set Packaging jualan termasuklah ‘Pet Training Manual’, dan kotak kertas yang dibentuk seolah olah sangkar. Gary Dahl mencipta satu set manual tentang bagaimana penjagaan Pet Rock, melatih Pet Rock, member arahan kepada Pet Rock untuk makan, minum dan berak dan pelbagai arahan lain. Setiap batu kerikil juga perlu diberi nama. 


Tuan punya Pet Rock perlu mengajar peliharaan mereka agaimana untuk menyerang musuh dan melindungi diri dari serangan Pet Rock lain. Ia juga memiliki jantiina. Batu jantan, dan batu betina.





Sekarang, Pet Rock sudah tidak dikenal lagi, namun legasinya disambung oleh Pet virtual macam Digimon dan binatang peliharaan elektronik. Namun masih lagi boleh didapati di eBay. Aku juga beranggapan kartun Yokies dan Tomatoman masa zaman aku kecik dulu diinspirasi oleh Pet Rock.

Meh layan gambar legasi Pet Rock, zaman Mak Ayah kita masih kecik untuk gambaran lebih jelas.


Packaging asal Pet Rock. Batu kerikil sungai yang diletak dalam kotak dan diberi manual penjagaan.

Manual penjagaan 'Pet Rock'. Termasuk panduan cara memegangnya.



Diberi kulit dengan warna hijau dan pink. berharga $3.90 seekor

keluarga bahagia..

Pet Rock bernama George yang berperibadi nakal

Stephen, yang agak tomboy..
YOKIES, kartun yang di TV1 zaman aku kecik dulu. Darjah 1 kot.
Aku rasa diinspirasi oleh Pet Rock...






Tak tahu lah aku. Batu kerikil pun boleh buat orang jadi multi-millionaire. :D

sumber



simple navigation

Followers