Aku keliru antara dua jenama ni suatu ketika dulu. Sebab, bunyinya hampir sama, dan segmen pasaran juga hampir sama. Dari istilah perniagaannya, ia disebut direct competitor, atau pesaing langsung.
Pensonic popular dengan produk macam kipas angin, mesin basuh, TV. Panasonic juga sama - cuma range product yang lebih luas. Pendek kata, Pensonic adalah jenama Made In Malaysia, manakala Panasonic adalah jenama gergasi Jepun yang ada serba serbi .
Syarikat Pensonic diasaskan oleh Dato' Seri Chew Weng Khak tahun 1965. Nama asalnya adalah Keat Radio and Electrical Co, namanya kemudian diubah menjadi Pensonic Holding Berhad pada 1994, alasan nak senarai di Bursa Malaysia. Kilangnya di Bukit Minyak, Penang mampu keluarkan 2 juta unit kipas setahun. Sekarang, dalam usaha menangani persaingan dengan produk China, Pensonic bertindak beli semua sparepart dari China, jadi syarikat dapat kurangkan kos sampai 40 peratus. Hasil tindakan ni, syarikat berjaya catat kenaikan revenue 25.6 peratus untuk 12 bulan, hingga May 2004.
----------------
Tahukah kamu apa maksud Pensonic?
Ia bermaksud Suara Pulau Pinang. Atau Penang Sonic. Aku yakin kamu tidak tau fakta ni. :-D
Rujukan : Temporal Paul (2006) - Asia's Star Brands






7 comments:
akupun tak tahu benda ni..penah gak tengok bebarang jenama pensonic..ingat anak syarikat panasonic hahaha
akupun tak tahu benda ni..penah gak tengok bebarang jenama pensonic..ingat anak syarikat panasonic hahaha
Nama pun dekat dekat sama dah tu.. hehe
pensonic tu jenama malysia la rupanya...ooo.....
tp menurut seseorg..panasonic lebih elok quality dia kn?
Ix :
Tak tentu tu..
Tapi kadang kadang, produk Pensonic waranti dia sampai 3 tahun, untuk sesetengah produk. Tapi Panasonic, setahun je..
kalu ikut tempoh waranti, Pensonic lagi berkualiti.
Tapi biasalah, Panasonic lebih advance dari segi teknologi. Syarikat Jepun kan?
dulu aku ingatkan panasonic tu malaysia punye..huhu
Dulu ada kipas jenama National. Ada orang ingat lagi?
National ni sekarang dah diserap ke line Panasonic
Post a Comment