Subscribe:

July 25, 2010

Kuwaiti Algorithm




The Kuwaiti algorithm is used by Microsoft to convert between Gregorian calendar dates and Islamic calendar dates. There is no fixed correspondence defined in advance between the Gregorian solar calendar and the Islamic lunar calendar, since the latter is defined by the visibility of the new moon by religious authorities and can therefore vary by a day or two, depending on the particular Islamic authority, weather conditions, and other variables.

-------------
As an attempt to make conversions between the calendars somewhat predictable, Microsoft claims to have created this algorithm based on statistical analysis of historical data from Kuwait. However, its results are identical to a variation of the tabular Islamic calendar, which was introduced by Muslim astronomers around the eighth century.
Inevitably, any arithmetic algorithm is imprecise, and results often differ by a day or two from observation or complex calculation.
  • Common (non-leap) years have 354 days. Leap years have 355 days.
  • Odd-numbered months of the year have 30 days. Even-numbered months have 29 days. Exception: the 12th month of a leap year has 30 days.
  • Eleven of every thirty years are leap years. The leap years are the years which are congruent modulo 30 to any of these numbers: 2, 5, 7, 10, 13, 15, 18, 21, 24, 26, 29. Thus, a 30-year cycle always lasts exactly (354×30)+11 = 10631 days.
  • Correlation with Gregorian calendar: the 1st of January 2000 (a Saturday) corresponds to the 25th of Ramadan 1420. (Ramadan is the ninth month of the Islamic lunar year.)

------------
p/s
Aku ambik dari wikipedia.  Niat aku nak tulis pasal pelunaran dan kalendar hijah. Tapi rujukan belum lengkap. Jotter book aku ilang. Uh.. Aku rasa artikel ni sangat menarik, jadi aku cuba postkan juga. selamat membaca.

July 23, 2010

Kota Bharu Bandar (Raya) Nik Aziz









Kelantan sebuah negeri yang menarik. Dalam bahasa Thailand, ia disebut sebagai Klaten กลันตัน. Dalam bahasa Inggeris, terjemahannya sungguh menarik, iaitu 'Light of Lightning'

Sejarah Kelantan moden bermula apabila Ketua Kampung Kubang Labu, berjaya menyatukan wilayah kelantan sekarang. 

Empat tahun later, Long Yunus dilantik sebagai Penghulu Kota Bharu. Adiknya dilantik sebagai Raja Kelantan pertama, Nik Muhammadiyah 1. Zaman kegemilangan Kelantan adalah sekitar 1820. Baginda Nik Muhammadiah adalah orang pertama yang dianugerahkan gelaran 'Nik'.



Sekian, Terima Kasih.











July 20, 2010

Misteri persamaan Einstein

Einstein adalah saintis pertama menggabungkan idea persamaan tenaga dan jisim dalam persamaan E = mc2.

Aku tak berniat mengulasnya, jadi kau boleh merujuknya di sini.

Cuma aku terfikir, adalah persamaan ini menunjukkan cahaya dan jisim juga berkongsi sifat yang sama?

Sila jawab YA atau TIDAK.

Sekiranya kau mengundi YA, maknanya kau bersetuju cahaya turut mengalami graviti. Aku juga percaya begitu . Cahaya sendiri adalah foton, yang memiliki jisim walaupun secara relatifnya sangat rendah sekali. Aku akan menyelidik lebih lanjust sekiranya berpeluang.

Doakan aku memenangi hadiah Nobel fizik. Uh uh.. :D

July 19, 2010

Wallpaper OshiriX



Oshirix adalah antara salah satu distribusi Linux. Ia dibangunkan oleh komuniti mambang.


Kau boleh mencubanya jika kau mau.

July 18, 2010

Hari kedua menggunakan sistem K-Dekstop




Selepas menanam Kubuntu, aku merasa sangat takjub melihat hasilnya. Kau akan nampak seolah olah ada cermin yang terapung apung di dekstop kau, sangat menawan. KDE memang cantik dan anggun! Aku sendiri merasa rugi kenapa baru sekarang aku menggunakannya.

Tapi selepas menggunakannya, keghairahan aku hilang.

KDE Ubuntu menggunakan banyak memori secara default, menyebabkan ia menjadi lembab dan tersekat. Ia juga tidak dilengkapi plugin untuk pemain suara, jadi kau perlu memuatturun plugin tersebut bagi membolehkan kau mendengar lagu dan menonton video. Proses ini sangat melecehkan, apatah lagi jikalau kau tinggal di asrama. Di asrama aku, sebarang akses memuatturun dari internet disekat oleh pentadbir.

Aku sedikit terkilan menggunakan KDE Ubuntu, kerana aku tidak dapat menikmati kebaikannya sepenuhnya. Jadi, aku ada idea lain.

Keesokan paginya, aku memuatturun fail iso Linux Mint KDE versi DVD. Ia adalah versi KDE Ubuntu yang telah diubahsuai, jadinya secara relatif ia adalah lebih baik. Proses memuat turun memakan masa 1 jam, dengan kelajuan 500Kb sesaat. Sangat memuaskan. Saiznya kira kira 770Mb.

Sekarang aku baru saja menanam perisian tersebut dalam laptop. Dan masih dalam proses eksplorasi, memandangkan KDE agak asing berbanding Gnome.

Aku mengesyorkan kau menggunakan Linux Mint KDE versi DVD, jika kau berminat bereksperimen dengan K Dekstop. 






July 16, 2010

Ha.. menggatal sangat guna KDE

Dalam banyak banyak review yang aku baca sebelum ini, banyak orang cakap KDE lebih best dari Gnome.

Aku memuat turun iso Ubuntu KDE malam tadi. Ia memakan masa kira kira 3 jam. Saiznya kira kira 700Mb, saiz satu CD. Tujuan aku adalah merasai sendiri keseeonokan menggunakan KDE. Sebelum ini telah banyak kali aku menggunakan kernel Gnome untuk sistem perkomputeran, jadi aku berhasrat menggunakan KDE pula selepas ini. Tambahan pula wikipedia menyatakan, pembangunan sistem KDE memakan kos kira kira USD147 juta. Ia satu nilai yang sangat tinggi, untuk menghargainya aku berniat menggunakannya.

Aku menanam Kubuntu tadi kedalam laptop aku menggunakan kaedah USD hard disk. Mungkin kau boleh mencubanya sendiri. Caranya sangat senang, aku akan menulis tentangnya jika aku rajin.

Setelah menggunakannya untuk beberapa jam, ulasan aku adalah : sistem KDE adalah sedikit rumit dan kurang friendly, jika dibandingkan dengan gnome atau microsoft. Aku memerlukan sedikit masa untuk memahami bagaimnana ia berfungsi, ia sangat berbeza dengan gnome walaupun kedua duanya masih dalam keluarga Linux. Jika terusan tidak serasi, aku akan menggunakan microsoft saja.


July 12, 2010

Bendera Terengganu


Sebelum 2008, negeri Terengganu ditadbir oleh Menteri Besar Dato Seri Idris Jusoh. Bagi saya beLiau adaLah pandai. Kerajaan pimpinan beLiau mencadangkan bendera Terengganu ditukar, dan ikon Terengganu diubah. 

Bendera Terengganu sekarang berwarna hitam putih dan bulan bintang ditengah, kusam dan tidak bermaya. Sang Penyu Terengganu pula bakal ditukar dengan Ikan Nemo. Penyu adalah binatang yang aneh, lembab, buruk rupanya dan tidak bermaya. Manakala simbol baru yang dicadangkan ialah ikan nemo, yang lincah, bertenaga, cekap dan perwatakan ceria. Dikalangan orang Terengganu, ikan Nemo juga dikenali sebagai ikan kain buruk.



Entah dimana siLapnya, ia tidak dilaksanakan sampai sekarang.. huhu..T.T 







Catatan:
Foto atas : Bendera rasmi Terengganu lani, diguna selepas malaya merdeka. 
Foto bawah : Bendera rasmi Terenggau sebelum merdeka. Apa pendapat kau?







Bahasa yang hampir Pupus

Ketika bekerja di Stesen Petrol Caltex, aku bertemu dengan pelbagai jenis orang. Aku juga dapat menambah beberapa word Terengganu klasik yang tiada pernah aku tau, yang sangat jarang digunakan. Malangnya aku lupa mecatatnya,huhu..maaf.

Sperong- Teropong
Gege Guguk –Tersangat bising
Sabik –Patut
Ok Aloh – Huh! (mengeluh)
Igak –Tangkap
Ketek –Curi
Maniang - Aluminium
Koho –semakin
Nebeng/ Do’oh –Bersungguh sungguh
Jereba- Terjah
Gaha - Sental
Pereh –Tekan minyak (Press)
Peseng –Jenis
Rokok Cak Utenebbey (Rokok cap Camel)
Kokok (Mmm…tak ada word terjemahannya. Cth, kokok kelapa- cungkil isi kelapa)

p/s..humm..apa lagi? Rasanya ada juga word di atas diguna juga oleh orang kelantan.


Ini semua koleksi gambar aku di sekitar Terengganu.









Ini semua koleksi gambar aku di sekitar Terengganu. Ohya, dua gambar kat atas tu gambar kat Tasik kenyir.

July 8, 2010

Si gadis freehair..





Kadang kadang, aku melihat gadis yang tidak memakai tudung sungguh manis sekali. Terutama apabila mereka mengenakan kebaya atau baju kurung. Ia kelihatan sungguh ayu dan sopan. Sama ada si gadis senyum atau tidak senyum, kecantikan itu tetap teserlah.

Gadis yang memakai tudung, telah hilang sedikit seri rupanya. Kerana mahkota perempuan adalah pada rambutnya. Memakai tudung menyebabkan sebahagian kecil sahaja kecantikan itu terserlah.

Ini cuma pandangan aku sebagai lelaki. Pandangan ini ada pengecualian sebenarrnya,apabilatelah berkahwin aku tetap mahu isteri yang bertudung di khalayak. Rasa cemburu woo bila orang menjeling.. :D



Ke Istana Sultan Terengganu

Saya ke istana Sultan Terengganu sebanyak 3 kali seumur hidup. Kesemuanya pada tahun 2001, saya di tingkatan satu. Ketika itu kami pelajar SMA Sultan Zainal Abidin dijemput menghadiri tahlil kemangkatan kekanda sultan.

Ketika memasuki istana, terasa sangat nyaman. Wangi, dan kaki saya terasa tenggelam dalam permaidani, dek terlalu tebal. Penyaman udara istana sangat sejuk. Rumah saya memang tak ada aircond, jadi sangat terasa perbezaannya.

Sebelum ke balairung seri, kami melalui satu bilik. Ada photo besar yang tergantung di situ, saiz hampir dua depa. Kami membuat tahlil di balairung sari, tempat menerima pingat kebesaran. Turut serta dalam majlis sama adalah pembesar negeri, exco dan kerabat diraja. Mereka semua berpakaian hitam, bersamping emas.

Selesai majlis, kami dijemput ke dewan makan. Kami dihidangkan makaroni dan pasta untuk jamuan.

Akan saya ingati pengalaman ini sampai bila bila..:D

simple navigation

Followers