Subscribe:

August 31, 2010

Campurtangan tuhan dalam dunia manusia sangat minimum?



























Akuu adalah pengagum Voltaire. Daya berfikirnya sangat hebat, namun aku menolak sebahagian ideanya yang bertentangan dengan aku dan agama Islam sebahagiannya. Ohya..bagi yang belum kenal, Voltaire adalah seorang ahli falsafah Perancis pada abad ke-18.

Voltaire menyokong gerakan satu agama baru, agama deism. Penganut agama ini (Deists) beriktikad alam semesta diciptakan oleh tuhan. Tuhan melengkapi alam ciptaannya dengan hukum dan gerakan yang sempurna. Selepas selesai, tuhan membiarkan ia berfungsi mengikut aturan yang dtetapkan olehNYA sebelumnya dan tidak lagi mengambil tahu tentangnya lagi. Fungsi tuhan dalam hidup manusia adalah sangat minimum. Tuhan tidak akan selesaikan masalah manusia, alam yang akan selesaikannya. Berusaha adalah jalan lebih baik dari merintih. Memohon doa adalah satu perbuatan sia-sia, dan perbezaan agama adalah silly.

------------------
Voltaire sangat pentingkan kebebasan pendapat. Antara kata hikmah dari beliau ''Aku mungkin tak setuju dengan kata kata kau, tapi aku akan mempertahankan hak kau untuk menyebutnya''

p/s : Bukan semua tentang hal Voltaire bagus. Ada yang tak sesuai, jadi pandai pandai lah tapis. Yang baik jadikan teladan, buruk jadikan sempadan ya.. Entri ni sekadar pengenalan untuk beliau saja.


Rujukan : Scribd

August 30, 2010

Mat Bangla di kampung aku




Ini entri pertama aku menyebut tentang Mat Bangla. Mereka lazimnya bekerja di tapak pembinaan.

Majikan kini seolah olah mengelak menggunakan buruh Indonesia. Buruh Indonesia suka melawan dan keras kepala. Kebelakangan ini seolah olah satu trend majikan menggunakan buruh Bangla. Mereka dari Bangladesh sangat patuh, dan menghormati orang tempatan. Sangat jarang mereka menimbulkan masalah.

Ketika sedang bersarapan di sebuah gerai, aku melihat Mat Bangla membeli seplastik daun sirih dari tuan kedai. Apabila ditanya, makan sirih bagi Bangla seolah-olah merokok bagi orang tempatan. Mat Bangla ketagih makan sirih, seolah olah orang tempatan ketagih rokok.

Mengundurkan masa 50 tahun ke belakang..




Seorang kawan saya telah men-tag foto lama kelas saya dalam Facebook. Foto ini diambil semasa saya di tingkatan empat, beberapa tahun lepas. Semua masih kelihatan bersih, termasuk rupa saya yang kelihatan suci naif (sekarang tidak lagi, haha..) Cuba teka, mana satu gambar saya? 

Saya gunakan teknik GIMP yang paling asas, saya menambah sedikit feel pada gambar. Saya cuba tukar ke imej sepia, kemudian menambah tulisan di bawah - menjadikan ia seolah oleh ditaip menggunakan mesin taip yang klasik. Sengaja saya tulis nama sekolah saya dalam bahasa Arab, dah ditukar tahun ke 50 tahun lebih awal.

Apa pendapat kamu? Oh ya, saya no 3 dari kanan, barisan bawah,



August 29, 2010

Dato' yang menoreh getah





Salah seorang ahli keluarga terdekat aku bekhidmat sebagai seorang pegawai polis yang berpangkat tinggi. Beliau dikurniakan anugerah Dato', demi mengenangkan jasa keberaniannya dalam bidang kepolisan.

Usianya tua sedikit dari abah aku.

Selepas bersara pada 2004 (aku tak ingat jelas) , kebetulan harga getah menjadi sangat mahal. Kira kira 2 kali ganda dari harga sekarang. Tujuh ringgit sekilogram. Seingat aku, kenaikan harga getah ini menggemparkan Malaysia. Ramai penoreh getah menjadi hartawan.

Tanpa memikirkan status, beliau turut turun ke ladang getah untuk menoreh getah.
Hehehe.. Dato'... Dato'.. :D


August 28, 2010

Vintage Skype Ads




Sejak kemunculan Facebook, tak ramai lagi orang yang ber-chat menggunakan Skype. Facebook memusnahkan segala galanya - emel, IM, blog, friendster, flickr, Skype etc. Orang tak lagi menggunakan Yahoo! Mail sebab mereka boleh menggunakan Facebook Messege. Skype pun dipandang sepi leni. Namun aku masih setia menggunakan skype. Cinta sejati. (hehehe..cheh)

Poster ni sambungan poster vintage yang aku post sebelum ni. Aku suka poster ni, sebab dia nampak klasik. Sudah pasti poster ni tipu, sebab skype adalah satu teknologi moden, tapi digambarkan macam iklan dalam majalah zaman dulu dulu. Majalah zaman dulu memang design dia macam ni.  

Sesiapa yang nak berkawan dengan aku, boleh add skype aku : Alaungpaya

Vintage Facebook Ads




Oh.. begini rupanya logo Facebook yang asal. Macam pelik sikit. Aku suka tengok poster ni. Kalau aku letak dalam facebook, mesti ramai orang like nih.. haha

Apa pendapat kamu?

August 27, 2010

Kapsul masa untuk diri sendiri

26 Ogos 2010




Ketika di tingkatan empat 2004, saya menulis satu surat cinta untuk seorang gadis. Bagaimanapun, saya tidak menerima sebarang balasan. Saya beranggapan diri saya telah ditolak.


------------
Pada 2007, saya menyelongkar fail dokumen yang ditinggalkan arwah mama. Tiba tiba,saya menemui satu surat yang ditujukan pada sdiri saya.


Saya terpaku apabila surat lamaran itu sebenarnya telah lama dibalas,  tahun 2004 lagi sebenarnya. Iaitu 3 tahun sebelumnya. Namun, mama sembunyikannya, maybe kerana ingin elak saya bercinta zaman sekolah. 


Saya masih menyimpan surat itu sampai hari ini. Sekarang, si gadis bekerja sebagai
guru tadika. Baiklah, namanya Nabila.




August 25, 2010

Uncle Siva yang matanya sentiasa merah..

6 Julai



Uncle Siva merupakan seorang Guard di Kolej Matrikulasi Pahang.

Tubuhnya besar, matanya merah, dan selalu mengunyah sirih. Di tangannya selalu memegang cota. Suaranya halus, tapi kuat. Beliau sangat tegas dan digeruni pelajar. Tapi hatinya baik.

Selalunya aku dan Perez akan pergi bersembang dengannya, pada waktu petang. Uncle Siva sangat seronok bercerita tentang pengalamannya.

------------
Sudah lama aku tidak menemui beliau. Kadang kadang aku terasa rindu kepadanya. KMPh adalah tempat yang memberi kenangan termanis dalam hidup aku, melebihi kenangan semasa di sekolah.

August 23, 2010

Perihal si gadis yang Haidnya tidak tetap.



Ok, aku kurang selesa berbicara soal ini.

Tapi aku perlu bertanyakan beberapa soalan mustahak. Sekiranya si gadis pujaan hati kau tidak sempurna tentang periodnya, mahukah kamu mengahwininya? Sudah tentu peluangnya untuk melahirkan anak agak minimum. Sememangnya satu cabaran. Aku sekarang sedar keliru sama ada perlu menerima atau tidak. 

---------------
Selain memiliki isteri, aku juga ada impian menjadi seorang bapa. Huhhuu. 



Keturunan aku semenjak abad ke-18 (siri dua)



Secara ringkas, ini susur galur nenek aku.
Bapa
Sulung binti < Musa bin 
Ibu
Sulung binti < Sipit binti < Abd Kadir

-----------------
Nenek aku berkahwin sebanyak 3 kali seumur hidupnya. Dengan itu, mama aku
memiliki 6 orang adik beradik seibu. Keseluruhannya, mama aku miliki 13 orang adik
beradik. Aku pun tidak mengenali semuanya, kecuali 6 orang adik beradik seibu
sahaja.

Menurut arwah mama aku, kami mewarisi sedikit darah bangsa cina. Mungkin di
sebelah bapa tapi tidak banyak yang dia ceritakan. Acap kali mama menyebut
matanya mewarisi mata cina, sedikit sepet dan kecil.

Nama ibu aku adalah Siti Aishah binti Deraman binti Sulong. Moyang aku sebelah ibu
disebutsebut merupakan seorang panglima, dikenali sebagai Sulung Labuh. Tapi aku
tidak tahu siapa sulung labuh ni. Datuk aku berasal dari kawasan Bukit Puteri,
ditengah tengah Bandar Raya Kuala Terengganu. Sekarang, tiada lagi perkampungan
disana.

Tanah tapak rumah kami dibeli oleh moyang kami barter dengan dua ekor lembu.
Sekarang, ada 4 buah rumah dibina dikawasan yang terhad ini.
Susur galur keluarga nenek aku sangat kompleks. Kalau mungkin aku ingin
mencatatkan semuanya, tapi macam mustahil saja.. huhu..

--------------
Siri ini ditulis untuk sanak saudara saya  saja. 

Keturunan aku semenjak abad ke-18 (siri satu)


Secara relatif, aku agak rapat dengan nenek aku Sulong binti Musa. Beliau berusia 80 tahun sekarang, Alhamdulillah pemikirannya masih kuat dan tajam.

Ada sesuatu yang lucu, apabila nenek bercerita tentang dirinya. Nama sebenar nenek
adalah Halimah, tapi ditulis Sulung binti Musa dalam kad pengenalan. Orang
zamannya sangat memandang tinggi pegawai kerajaan. Sudah tentu tergagap apabila
ditanya.

Nenek aku merupakan anak sulung dari 2 beradik. Adiknya bernama Ismail. Cicitnya
paling tua berumur 15 tahun sekarang.

--------------
Aku mencatatnya semoga ia dapat menjadi rujukan keluarga terdekat aku akan
datang. Ia sangat eksklusif, Kerana aku sendiri tidak tahun tentangnya sebelum ini. Bersambung siri dua di atas

August 22, 2010

Jika kamu bukan Islam, kenapa kamu turut berpuasa sepanjang Ramadan?




Salah satu laman web kegemaran saya, the NutGraph mempersoalkan kewajaran kenapa bukan Islam turut berpuasa sama pada bulan Ramadan. Ia ditulis dibawah artikel bertajuk 'Why fast during Ramadan if one non Muslim? (Jika kamu bukan Islam, kenapa kamu turut berpuasa sepanjang Ramadan?).

Bagi pengarang artikel itu, seorang non-muslim yang berpuasa di bulan ramadan sama seperti menunjukkan sokongan pada umat Muslim. Sedangkan dalam masa yang sama, Muslim Malaysia melarang penggunaan nama Allah dan Al-Kitab dalam BM untuk penganut kristian, dan beberapa isu kontroversi keagamaan lain yang jelas bias pada umat islam. Sudah tentu non-muslim tidak wajar berpuasa di bulan Ramadan karena ia menunjukkan solidariti sokongan keatas muslim, menurut pandangan beliau.


-------------------
Bagaimanapun, pandangan penulis artikel dikritik oleh komentar non-muslim juga.

Katanya puasa bukan milik eksklusif umat islam. Sebabnya telah lama diamalkan lama sebelum umat Islam muncul di muka bumi terutama oleh ahli kitab. Dan sudah tentu ia tiada kaitan dengan solidariti muslim. Cuma turut sama berpuasa di bulan Ramadan adalah satu kesempatan yang baik karena tidak perlu terliur dengan juadah yang dijual – kedai makan dilarang dibuka hingga jam 5.


--------------------

Detik paling manis adalah kira kira 5 minit sebelum berbuka puasa. Sambil mengadap makanan, terlihat di setiap wajah orang berpuasa yang sabar menahan lapar mengadap makanan yang penuh, menunggu matahari terbenam. (suka statement ni :-)


---------------------
Nut Graph adalah satu halaman yang sarat dengan kandungan kritikal tentang isu penting dan bersifat kritikan. Ia satu halaman yang sungguh menarik sekali dan mengajak pembaca turut sama berfikir. Penulisnya adalah dari kalangan pelajar PhD dan wartawan ternama. Saya turut ingin mengundang kamu membacanya di sini.



August 21, 2010

Al-Fatihah: Pengarang Buku Mari Sembahyang Meninggal Dunia




Korang pernah tak tengok buku di atas?



Aku rasa majoriti daripada kita pernah membaca atau paling tidak pun pernah tengok buku ni kat mana-mana, terutama kat kedai buku agama dan kat pasar-pasar malam.


Buku ini simple jer, ia sebuah buku belajar sembahyang yang siap ada ilustrasi  (lukisan) , dimulakan dengan belajar cara berwudhu dan doanya, kemudian azan dan doanya, kemudian iqamat, seterusnya diajarkan pula contoh sembahyang empat rakaat (sembahyang dzuhur) dan seterusnya.


Buku ini juga mengajar kita doa qunut sembahyang subuh dan doa-doa serta wirid-wirid yang warid sebelum dan sesudah sembahyang termasuk sembahyang jenazah.




Menariknya buku ini, segala bacaan Arab diberikan bunyi dalam huruf rumi yang bertulisan merah untuk menyenangkan kanak-kanak (err… orang dewasa pun senang gak bagi yang tak reti baca Al-Quran tu), kemudian diberikan pula maknanya yang lengkap.


Sejujurnya aku tak kenal siapa sebenarnya Ahmad Sonhadji Mohamad, pengarang buku ini yang telang diulang cetak beribu-ribu kali dan terkenal di rantau ini.

Aku ingatkan ustaz ni orang Indonesia




Rupa-rupanya beliau adalah pendakwah terkenal Singapura, aduh ceteknya pengetahuan aku ni ya Allah. Untuk makluman korang semua, Ustaz Sonhadji telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di rumahnya di Singapura kelmarin.


----------------
Betapa besar jasanya kepada umat Islam, aku sendiri terus terang belajar solat secara sempurna melalui buku arwah itulah. Aku berdoa agar dia diletakkan di syurgamu ya Allah. Marilah kita semua berdoa agar rohnya diterima dengan baik dan dicucuri rahmat oleh-Nya


Al-Fatihah
Artikel oleh : Wartawan Syahril Kadir





August 20, 2010

Membuat blog ketiga dan keempat






Berjaya menyiapkan blog ketiga dan blog keempat  6am tadi, selepas berjam-jam berhempas pulas. Sangat memeningkan, lebih lagi apabila terpaksa memeras otak mencari isi dan maklumat blog. Hasilnya agak memuaskan. Kedua dua blog tersebut adalah milik kelab dan persatuan di kampus. 

Sekarang perlu tumpukan pada program buka puasa, dan pembentangan SIEP. Update : Maaf yaa.. link kedua tu semalam tak valid. Tapi dah boleh dah sekarang. Komen dialu alukan.

simple navigation

Followers