Subscribe:

December 29, 2010

Screenshot dekstop gua.. gmana?




Linux Mint 9 Isadora, based Ubuntu 10.04. Klik untuk gambar lebih jelas


Di atas adalah screenshot laptop aku. Ia adalah contoh screenshot satu computer yang menggunakan Linux Mint. Sehingga sekarang, aku masih menggunakan Linux sebagai system operasi (OS) utama.

Tujuan entri pendek ini ditulis adalah untuk mempromosikan sumber terbuka. Aku pernah menyumbang dua artikel berkenaan sumber terbuka untuk laman Melayu Ubuntu. Artikel tersebut berkenaan pembangunan system Linux Mint generasi terbaru, versi 10 Isadora. Ia bukan satu artikel yang bagus sebenarnya. Tapi ia tetap mendapat komen yang agak menggalakkan. Jadi, aku membuat kesimpulan semakin ramai pengguna semakin terdedah dengan kebaikan sistem operasi berasaskan Linux. Jadi jika ada sebarang pertanyaan tentang Linux, aku sedia menjawabnya setakat yang mampu.

Rujukan boleh didapati di sini. Linux adalah bebas virus, sangat pantas, anti-hang, dan disokong komuniti seluruh dunia.



Tulisan aku itu boleh dirujuk di sini.




-------------------

Bukan semua software yang kat Windows boleh pakai kat Linux. Tapi hampir semua alternatif pada Windows ada pada Linux. Jadi setakat nak menaip, surfing, dengar lagu tu takdok hal lah. Aku pakai setakat ni, semua berjalan lancar.

Menaip - Open Office
Pemain Video – VLC, Gnome Player
Internet – Musang Api, Chrome, Skype, Konquerer
Edit gambar – GIMP
Lagu dan Muzik – Banshee, Amarok

Linux memang laju. Apa tujuan penggunaan komputer kamu? Tengok atas penggunaan komputer lh. Macam aku nie guna komputer utk surfing dn menaip. Jarang main game. Jadi memang selesa lh dengan Linux. Sebab Linux bebas virus, laju, ringan. Tapi untuk kaki game, memang dok sesuai lah pakai Linux. Game yang popular macam DOTA tu takdok dalam ne.

Linux paling ramai pengguna di Malaysia adalah Ubuntu. Aku dulu masa berhijrah dari Windows ke Linux dulu pakai Ubuntu juga. Tapi sekarang pakai Mint. Lebih kurang je sebenarnya.


Kalu ada masa nanti aku wat entri penuh pengenalan Linux.  

December 26, 2010

Tupac Amaru Shakur & Life goes on




Tupac Amaru Shakur atau 2pac adalah pengasas muzik Hip-Hop. Beliau dilahirkan di New York pada 1971, dan mula aktif dalam seni pada 1988. Albumnya terjual sebanyak 75juta unit seluruh dunia, dan dianggap antara 100 artis terhebat di dunia. Beliau meninggal dunia pada 1996 akibat ditembak samseng. Tapi rumor menyatakan beliau membuat pengisytiharan kematian palsu. Cuba rujuk wikipedia untuk maklumat tambahan.

Aku sekarang mula berminat mendengar lagu dari beliau. Lagu feveret aku sudah tentu Unconditional Love dan Life Goes On. Aku recommend dua lagu ni. Jadi, jika kau berminat aku cadangkan kau pegi muat turun dua lagu ni di 4shared.com





Kisah cinta wana


Saya suka awak…….nak  jadi gewe saya tak????



No respon at all. Budak yg tinggal just beberapa meter dari rumahnya itu buat muka bluurr je …. ….. Mungkin dia rasa pelik, terkejut,malu…bercampur baur......memangla terkejut tetibe je wana cakap macam tu…..
Dia pun student IPTA  macam wana jugak. Cuma bezanya, wana  terkenal dengan sikap nakal dan suka mengusik sedangkan dia…. Hmm sangat pendiam, pemalu, baik…. Berbeza sangat personality mereka berdua..dan…jika diikutkan memang xsepadan langsung. Dengan rupa, kelayakan, kredibiliti, and apa-apa jelah yang dia ada, tak heran pun wana boleh sukakan dia?? Yelaa sape tak nak budak yang perfect macam tu kan??Budak masjid plak tu…….cinta memang aneh….complicated plak tu..
Orang cakap cinta tu indah.. berbunga-bunga…syok je..kononnya bangga laa ada partner ni..
Agak-agak, lamaran wana tu diterima x???
Agak lama budak tu mendiamkan diri tanpa bagi jawapan apa-apa pun.. wana yang sebenarnya agak malu terus pergi tinggalkan budak tu sorang-sorang. Berjanggut tunggu pun belum tentu dapat jawapan…balik rumah tengok doremon lagi syok…
Di rumah, wana ingat balik detik-detik dia menebalkan kulit mukanya melamar seorang lelaki. Malu.. memangla malu tapi puas hati sangat. Sekurang-kurangnya dia dah luahkan apa yang dia rasa selama ni. Sejak bila la dia boleh jatuh hati kat budak tu…..
Cuti sem dah nak habis, maknanya tak dapatla jumpa dia lagi…huhuhu…sedih giler…tengah sibuk duk packing barang nak bawak balik kampus, tiba-tiba ada sorang budak  yang stailnya ala-ala posmen datang bawak surat. Ikhlas daripada dia…
Wana,
Maaf kalau buat awak tertunggu-tunggu…Time tu saya diamkan diri bukan bermakna saya tak nak..Cuma terkejut, tak bagi salam pun tiba-tiba ajak saya jadi gewe awak. Jujurnya, saya dah lama simpan perasaan kat awak. Tapi saya malu, takut kot-kot cinta saya awak tolak bulat-bulat. Sape la saya ni…Idung tak semancung hero tamil………..Kulit tak seputih mat salleh………Muka pun tak sehensem ashraf muslim ……….
Rupanya selama ni saya  tak pernah bertepuk sebelah tangan…Kalau la dari dulu lagi awak luahkan perasaan awak tu, mesti kita dah lama kapel kan??Tapi……………….Sebelum tu, saya nak awak fikir betul-betul sebelum membuat keputusan macam ni…..Bila awak kapel dengan saya,
Saya tak dapat pegang tangan awak time kita keluar bersama……
Bukan  saya tak sayang awak
Tapi saya takut Allah marah


Saya tak dapat nak kiss awak sebagai tanda cinta kita macam pasangan bahagia lain buat
Bukan  saya tak sayang awak
Tapi saya takut Allah marah


Saya tak dapat stop dari tegur or membebel kat awak
Bukan saya nak buat awak trasa
Tapi pakaian awak tak tutup aurat
Bukan saya tak sayang awak
Tapi saya takut Allah marah
Allah tak suka taw kita dedahkan aurat


saya tak boleh selalu jumpa awak, dating kat tepi tasik or jalan-jalan kat KB Mall
bukan tak romantic
bukan saya tak sayang awak
tapi saya takut timbul fitnah nanti


sekarang, saya nak tnya awak balik,
Saya suka awak…….nak  jadi gewe saya tak????

--------------------------------

P/S : Ni kisah yang aku ambik kat facebook. Ia ditulis oleh seorang classmate aku. Dia mengaku kisah ni rekaan semata mata, tapi aku rasakan cerita ini berdasarkan pengalaman dia yang betul.


Aku post cerita ni kat blog sebab aku rasakan cerita ni sungguh sweet. Auw.. :)


Glosari : 
1. Gewe = Kekasih

December 24, 2010

Agak- agak, kau kenal tak ni sape?

Cuba teka, siapa ni?
Gelandangan jalan raya? Kutu rayau? Penagih dadah?















---------------
Ini adalah William Henry Bill Gates III, pengasas Microsoft dan pengerusi Melinda-Gates Foundation. Gambar diatas gambar semasa beliau masih remaja. Beliau ditangkap oleh polis atas kesalahan undang undang jalan raya pada 1977.  
Mamat ni lah yang cipta komputer yang depan kamu sekarang, tahu..? haha..
Nerd sungguh, haha..



Bill Gates III (2007)














Nota kaki : Nama rasmi beliau adalah William Henry Bill Gates III, ayahnya bernama William Bill Gates II, dan atuknya bernama William Bill Gates I. Dianggarkan memiliki USD54b (RM179b) pada tahun 2010. Di iktiraf sebagai orang terkaya di dunia semenjak 1992.
Sumber dan gambar dari wikipedia.





December 22, 2010

Mimpi

 

 

 

 

Apa mimpi yang paling kamu ingat sampai sekarang?

 

Sebenarnya, mimpi adalah mustahil untuk diingati. Kecuali selepas saja bermimpi, kau terbangun lalu terus je rewind mimpi tu. Maksud aku, kamu sedang bermimpi indah, kemudian kau terjaga. Sejurus saja terjaga, kau perlu ingati mimpi itu secepat mungkin. Kalau tak, kau akan terlupa terus mimpi tu selama lamanya.

 

Sebab tu dalam facebook aku terbaca komen  'kenapa ek, bila je kita bermimpi indah terus je kita lupa?'

 

 

 

--------

 Aku pernah bermimpi banjir, aku masa tu jadi sukarelawan banjir. Masa operasi menyelamat, ada seorang gadis yang naik ke bot operasi. Gadis tu buta, sendirian dan lonely, orangnya lovely tapi tiada senyuman. Rambutnya separas bawah bahu, tingginya agaknya 150cm. Aku memimpin tangannya masuk ke bot, dan aku duduk di seat belakang si gadis. Sepanjang perjalanan, aku memegang bahunya, takut jatuh. Kamu tahu, sepanjang perjalanan bot aku merasa sangat tenang dan bahagia.

 

Last sekali aku jumpa orang sama dalam mimpi tapi di dunia nyata.

 

Memang ini cuma cerita dalam mimpi, tapi kamu tau apabila sebaik saja aku terbangun, aku terasa bahagia amat sangat, dan rasa kecewa sangat yang bercampur.

 

 

 

 

Pernah tak kamu bermimpi mcm ni?

December 20, 2010

Orang Asli, orang melayu dan petai..



              DSC 0859

Ada orang asli baru balik daripada mencari petai. Kemudian bertemu dia dengan seorang peraih petai Cina. Berundinglah kedua orang tersebut. Bersetujulah mereka dengan tawaran harga RM 1.00 bagi satu papan petai. Cina itu mengatakan ia akan datang mengambilnya kemudian.

Seketika peninggalan peraih Cina tersebut, datang seorang Melayu berselisih pula dengan pencari petai tadi. Berhenti ia bertanya "En., petai ini juallah kepada saya.". Tapi orang asli itu enggan. Katanya "Saya sudah janji dengan Cina tadi". "Dia akan datang mengambilnya petang nanti".

"Juallah En., berapapun dia bayar, saya sanggup bayar". Namun orang asli itu tetap enggan menjualnya. Selepas menggunakan segala jenis pujuk rayu, akhirnya berjaya juga ia membeli petai itu. Ia pun pulanglah dengan gembiranya. 100 papan semuanya petai tersebut, telah diborong kesemuanya.

Sampai di rumah, selepas berehat seketika, terasa di hati kecilnya untuk mengira jumlah petai yang ada. alangkah terkejutnya, bila mendapati hanya 90 papan sahaja. Mana perginya 10 papan lagi. Tercicir dalam perjalanankah?. Mana mungkin?. Ia berasa tidak puas hati. Ia segera turun ke bawah rumah, mengambil motosikal kapcainya, dengan penuh semangat geram bergegas dan meluncur macam roket ke rumah orang asli tadi.

Sampai di sana terus bertanya kepada orang asli tadi. "Tadi aku bayar kau untuk 100 papan. Kenapa kau beri aku hanya 90 papan sahaja?. Orang asli itu dengan selamba rocknya berkata "Itulah encik, saya sebenarnya nak tipu Cina, tapi encik nak juga"


           DSC 0870

--------------
Cerita diatas mengingatkan aku tentang program aku di UTM dulu. Masa tu au antara peserta seminar Daie Muda anjuran UTM dan JCorp. Kami ke perkampungan Kanaq di Sg Selangi.
Kaum kanaq cuma berjumlah 97 orang sekarang, dan jumlah terakhir di dunia. BigBoss nya bernama Batin Mutalib. Pemerhatian aku mendapati etnik ni bertemu keturunan pd generasi ke 4 dan ke 5.
Kaum kanaq keturunan Orang Laut.
Hidup mereka tenang. Tapi menurut abang X, student Master Linguistik UM yang kami bsembang, dia ada cakap pernah berlaku rivalry menjadi tok batin. Batin Mutalib bersaing dengan abang dia utk menguasai etnik Kanaq. Akhirnya Batin Mutalib menang dan mjadi ketua etnik. Abangnya melarikan diri.


----------------
Batin Mutalib ada dua anak lelaki. Anak sulungnya bkahwin dengan gadis melayu nama Hidayah. Anak kedua Batin yang sebaya aku nama Kadir. Kadir sangat bagus, tapi sensitif. Bila kena ejek sikit hot temper.
Gaya percakapan sesama mereka kasar dan garang – style mereka. Tapi mereka bagus bila bercakap dengan orang luar, lembut dan tenang.

Entri lama aku di sini di blog lama aku.



ps : Anak dara tok batin nama Wati tu cantik juga. hehehe…

December 18, 2010

Mengemas, dan jumpa diari yang hilang

 

 

Ketika berkemas bilik, aku terjumpa satu diari lama. Diari aku sendiri, tersorok celah almari. Aku menulis diari itu pada 2004, masa aku form 4. Memang aku cuma menulis beberapa  belas muka saja, dan tak penuh pun terisi diari tu.  Tapi aku malu sendiri apabila membacanya.

Mengada betul aku 16 tahun tu. Semua benda aku catat. Sangat poyo dan narcis. Mengada-ngada sial.  Dahlah tulis pakai pen warna kelip nak kasi nampak fancy.  Ini perkara biasa bagi remaja sekolah menengah skema (masa sek men aku skema). Aku cuba happy-go-lucky dalam diari tu, tapi sialannya cubaan buat-buat jadi remaja riang tu menyebabkan aku terasa sungguh bodoh. Aku rasa malu baca diari sendiri.

Aku tak tau berapa ramai dah adik beradik aku baca diari abang mereka tu.  Lebih lebih lagi ada adik aku sekor tu jenis selongkar rahasia orang. Mesti dia gelak baca diari aku. Kantoi semua rahasia. Tahik sungguh.

 

P/S: Last sekalu aku bakul-sampahkan saja diari tu.

 

 

 

 

December 14, 2010

Masa cuti, sakit, caltex dan Leon Tolstoy



Patriotism ... for rulers is nothing else than a tool for achieving their power-hungry and money-hungry goals, and for the ruled it means renouncing their human dignity, reason, conscience, and slavish submission to those in power. ... Patriotism is slavery

- Leon Tolstoy (Random quote)



-----------
Masa cuti 3 minggu aku habiskan dengan baca buku sejarah. Tajuknya ‘Human and Civilization’ , sebuah buku teks sejarah untuk sekolah tinggi (High School) di US. Ia buku yang bagus, tapi susah nak faham. Tapi sekarang aku sudah bolih bercerita tentang Revolusi Rusia kepada orang lain.

Sekarang aku cuba memahami prinsip Communisme dan sistemnya dan cuba membandingkan dengan sistem Demokrasi dan lain-lain. Bagi aku sistem paling ketinggalan zaman adalah monarki.

Dari apa yang aku faham, sistem komunis tulen dari Marx sebenarnya bawa banyak benda positif juga – sebab semua pemilikan harta adalah milik negara. Cuba bandingkan dengan monarki, dimana semua pemilikan harta adalah milik seorang individu. Kalau individu tu berhati mulia, dia akan agihkan kekayaan negeri tu. Akan tetapi, kalau individu tu jahat, malanglah kau. Mana lebih bagus? Tapi ada kesan buruk juga sebab tiada motivasi untuk bersaing secara individu– macam capitalism.

Sistem komunisme yang kita dengar ceritanya sebelum ini separuh benar, separuh salah. Aku cakap separu salah sebab ia driven by kebencian bukan by pengetahuan. Dasar kerajaan Malaysia adalah anti komunis sampaikan menutup sealed terus kebaikan kebaikan sitem komunisme.




Islam
Dalam buku sama, Islam juga digambarkan sebagai satu sistem. Islam bukan sejenis agama, tapi sejenis sistem. Agama secara asas, adalah berkenaan dengan kepercayaan dan iman. (Kristian, Hindu). Manakala sistem adalah tentang bagaimana masyarakat bergerak. (komunis, capitalis). Sistem mengawal keadilan, bisnes, undang undang, dll.

Islam mencakupi semua ini. Islam mencakupi sistem keadilan, politik,
muamalah/perniagaan, perbankan, hutang piutang, pendidikan, pertahanan, kehakiman, sosial zakat, pentadbiran, kekeluargaan dan banyak lagi. Dan Islam bukan sekadar iman dan dan kepercayaan semata mata. Benda macam hudud tu just a small part of Islam.

Baru aku faham apa maksud ‘Islam is the way of Life’.





Permusuhan PAS-UMNO
Membaca buku ini buatkan aku buka mata. Dalam masa yang sama aku pantas mengaitkan ini dengan permusuhan PAS-UMNO.

Dari apa yang aku tahu, pelaksanaan Hudud cuma sebahagian kecil sistem Islam ini. Aku suka cara UMNO, kamu kukuhkan Islam dari aspek lain dulu. Barulah kuatkuasakan hudud. Kena perkenal dan kukuhkan sistem perbankan Islam dulu, dan show keberkesanan sistem Islam. Jangan tergesa gesa. Kalau tidak, macam mana kamu nak buktikan Islam itu bagus?

Cara PAS adalah sebaliknya, kamu kukuhkan hudud dulu barulah kamu laksanakan aspek lain. Bagi aku itu strategi salah.




Jatuh Sakit dan kisah Selimut
Aku jatuh sakit sepanjang 3 minggu cuti semenster. Ia bermula selepas hari keempat raya Haji – berterusan sampai buka semester baharu. Aku mengalami batuk, demam, alahan dan pening berselang seli. Ia menyebabkan aku rasa lemah – oh tuhan, aku terasa sungguh tua sekali pada waktu itu.

Pada waktu malam, terasa sangat sejuk. Musim hujan katakan. Jika dibuka tingkap bilik jam 4am kebawah, aku boleh nampak awan (kabus tebal) disekeling rumah. Aku tidak bawa selimut pulang bercuti sem – disebabkan malas dan mahu minimize barang dibawa pulang sebab aku naik bas. Jika aku memilih untuk bawa pulang juga, aku perlu beg tambahan sebab selimut aku adalah jenis toto yang tebal dan berat berkilo kilo. Ini tentu memenantkan.

Percaturan aku silap, kombinasi demam, tenkujuh dan tanpa selimut membuatkan aku terasa sungguh loser dalam keadaan tak ada selimut. Aku tido diatas sofa, tapi ada kalanya aku hamparkan sejadah buat lapik tidur. Jadilah aku seolah oah tengah bertahajud, terlena di sejadah. Ceh. Padahal aku tumpang tidur atas sejadah tebal tu.

Keadaan sakit juga menyebabkan produktiviti aku hilang. Kalau tidak sudah tentu aku part-time di Caltex. Sekurang aku dapat gaji RM23 sehari untuk 8jam kerja. Jika aku kerja 20 hari, aku sudah boleh dapat simpan RM300 untuk bekalan awal semester, sebelum PTPTN masuk. Tidaklah melarat sangat pada awal sem. Lepas lepas aku ambik 3,4 jenis lauk tatkala friends aku makan nasi lauk telur dadar je. Sebab aku tengah kaya, masa cuti aku part-time.
Tapi, sialnya aku sakit. Sekarang, semester enam aku bermula dengan perit karena ketiadaan uang.. Mungkin aku pulak yang kena makan nasi dengan sejenis lauk. Karma.   ;-(






December 6, 2010

Sang Katak berkaraoke.. haha





Tahu bermain Gitar dan kenangan Sekolah
Aku pandai bermain gitar masa umur 17 tahun. Tapi aku bukanlah pandai sangat bermain gitar. Aku pelajarinya pada hari hari menunggu menjawab SPM. Kamu tau, hari hari menjelang SPM sangat membosankan. Tempohnya lebih kurang sebulan. Ia berakhir pada awal Disember. Jadi sebagai penyelamat, ada kawan aku bawak gitar ke asrama.

Aku juga join main walaupun itu kali pertama aku memegang gitar.

Sebenarnya gitar haram dibawa ke sekolah. Kalau kantoi mesti kena rampas. Tapi mujur masa tu kami tak lagi tertakluk pada undang2 sekolah. Kamu tau, life sebagai student SMKA sangat mati dan konservatif. Semua aktiviti hiburan mesti Nasyid. Walaupun mungkin cuma ada 5 peratus saja student benar benar ikhlas menyukai irama Nasyid. Tapi kamu kena mendengarnya juga.



Keynotes
Salah satu dari lagu yang aku tau main adalah lagu Creed. Aku tahu main 5 lagu, tapi dah lupa apa lagu tu. Tapi disebabkan kaedah aku belajar gitar adalah dengan cara menghafal gerakan jari, maknanya segalanya sia sia. Sepatutnya aku belajar keynotes (atau apa nama dia?) dulu barulah belajar main. Belajar keynotes dulu bermakna kau dapat mainkan apa apa saja lagu yang  kau suka, lagu yang kau tau muziknya. Tapi belajar melalui hafalan bermakna kau cuma akan dapat mainkan lagu yang kau hafal sahaja.


Oh, aku juga pernah ikuti subjek Koir untuk Ko-Kurikulum. Kami diajar piano.



Apabila Sang Katak Menyanyi
Aku tidak suka sosial, tapi minggu lepas bekas rakan sekerja ajak aku karaoke. Jadi, aku pun serta turut. Itu pertama kali aku karaoke dalam 'box'.

Kami 3 ekor semuanya. Kami ke pusat bandar. Harga standard setiap lagu adalah RM1, dan jika kamu nyanyikan 10 lagu kamu akan dapat 2 lagu percuma. Aku bernasib baik karena mendapat satu lagu percuma.

Aku memilih XPDC – Hentian Ini. Klasik.

Suara aku macam katak. Tapi bila dengar teliti, lepas masuk microfon suara aku sebenarnya sedap juga…;D




Soprano, Mencering, air suam, Awie dan Ning Baizura
Kami memilih 7 lagu semuanya, semuanya lagu malayu terutamanya lagu rock 90an. Bekas rakan sekerja aku memilih lagu Sudirman, aku tak faham kenapa. Sepatutnya dia memilih lagu Awie. Suaranya  tinggi dan sangat berkuasa, jadi dia dapat nyanyikan lagu bernada tinggi dengan bagus. Dalam bahasa tempatan, ia disebut Mencering.

Apabila balik, jam sudah 12.30malam. Sebelum pulang, kami singgah ke restoran. Aku cuma memesan air suam saja. Suara habis beb. Tapi malu jugak sebab lepak dekat satu jam cuma minum air suam.




Ps Aku menulis entri ni selepas mendengar lagu XPDC.




Nota kaki :
Mencering =  Nada Soprano. Penyanyi bersuara soprano di Malaysia adalah Ning Baizura, jadi cuba kau perhatikan suara beliau dengan baik selepas ini untuk mendapatkan definisi mencering yang betul.

simple navigation

Followers