| Nissan Fuga |
Ini mungkin berita betul, atau mungkin tidak. Komen salah satu pembaca weblog Dr Mahathir, Proton Holdings sekarang sedang berunding dengan Nissan untuk membina model mewah Nissan Fuga,dan dijenamakan semua sebagai Proton Perdana generasi baru.
Ini sama macam Inspira, rebadge dari Lancer.
Proton Perdana, kereta ni disasarkan pada golongan elit dan digunakan sebagai kenderaan rasmi kerajaan. Ia keluar pada 1995, dan ditamat pengeluaran pada tahun 2010. Mungkin sebab tu lah aku tak lagi nampak model kereta ni atas jalan raya. huhuhu..
Kereta paling rare atas jalan adalah Proton Putra. Kali last aku nampak, 2003. Basically, ia cantuman design keta Wira dengan Proton Satria, dua pintu. Aku pasti kau pun jarang nampak keta Proto Putra ni.. betul ke?
Ni pulak, transport impian aku. Isuzu D-Max. Sangat gagah.... ;-)
Ni pulak, Catepilar. Dulu aku banyak kali kerja (praktikal) di stesen petrol, jadi hari-hari aku jumpa dan sembang dengan geng driver ni, kecuali Jumuah sebab mereka off pada Jumaat. Yang aku tau, life sebagai driver sangat cool.
Salah seorang usahawan Amerika jadi role-model aku juga pernah jadi pemandu selama 12 tahun, sebelum dapat inspirasi untuk bina kilang petrocemical, then jadi antara orang paling kaya di Amerika dan masuk listin FORBES.
Orang begini ibarat Naga Tidur, dan low profil. Orang tak tau dia hebat. JB Hunt ni sekolah rendah pun tak masuk. Orang tak pandang pun dia. Tapi bila dia 'mengaum', semua mula buka mata. Aku suka stail naga tidur ni dan cuba tiru, tapi aku tak berjaya la.. haha..
Kalau aku kaya, maybe aku akan beli engin ni sebagai koleksi. Macam Raja Hasanal Bolkiah ada koleksi Lamborghini, aku pulak nak koleksi Catepilar/JCB.
Nampak gagah je...
PS : Sori kawan blogger aku tak sempat balas komen entri. Minggu busy.
Credit : Galeri gamber Nissan Fuga







23 comments:
kerja malas macam tu lah jadinya..semua nak rembat produk orang lain. ntah apa nak jadi dgn proton akupun x tahu ler.
proton bengang dia buat kereta tak laku..tapi dah design dia macam hampas sapa yang nak beli.
putra last aku tgk second hand kat tempat aku dlm 30 ribu..tapi dah siap buat semua ler..
naga tidur erkk..masalahnya ko kalau tidor payah bangun dah hahaha
proton putra.
bila kau mention aku terus ingat proton tiara.hahaa.
sebab aku tak dapat imagine rupa proton putra tu camne.
aku tak lahir lagi kot time ni KAHKAH
#Alan
Proton Putra kali last aku tengok, tahun 2001. Masa tu aku kat sekolah tingkatan 1.
Aku main-main tekan loceng rumah cina dengan bestfriend aku masa tu. Time balik sekolah. Budak ting 1, baru start nakal. hehehe...
Bila tuan rumah keluar, kami pun lari laju takut kena kejar. Last sekali cina tu bela anjing, sebab tak tahan selalu kena kacau budak2 (kami dua orang) main tekan loceng rumah dia.. :D
Cina tu ada Proton Putra. Dari tu la aku kenal kereta model tu.
Memang rare la proton putra ni. hahaha...
#Nadia
Kenal ke kereta Putra ni? hehehe...
Banyak gak model proton yang tak laku. Macam Tiara, juara, arena, etc.
Pakai kereta rare ni satu la kelemahan dia. Susah sparepart.
#Alan
Proton bawa pengurusan baru ni dah mula naik da. Kalu macam tahun lepas, perodua pintas proton.
tahun ni proton pintas balik perodua. Jadi no 1 di Malaysia.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PROTONfokustempatpertama/Article
waaa, byk nye impian adi......adi...jgn jd naga tidur....nnt xmenjadi jd ayam tidur plak....hahaha gurau sja deyh....;p
MacAm perli je kina tu hehehe...
sekarang ni mana pegawai kerajaan yang baru naik pangkat dan layak dapat kereta, dah tak dapat perdana free dah. tapi dapat inspira hitam free. bayangkan orang tua pakai inspira. stylooo. hahaha =D
nak tunggu proton kuarkan kete mewah sendiri tanpa kerjasama dengan sape2...=_=
org kata better perodua dr proton....kan..kan..
Jarang nampak proton putra on the road.. Kalau ada pun, mungkin seribu dalam 1.. Mna menghilangnya semua ek.. Tapi kalau kat kampung jai, org mmg x suka ngan putra.. ntahla...hu3
proton tak berapa orang minat dah sekarang. Rekaan yang tidak menepati fungsi dan kehendak pengguna.
Kalau perodua lain sebab tahu yang pengguna sekarang nak kereta kecil. Senang nak bawa ke sana ke mari. Senang cari parking. Proton... entahla.
aku suka putra tapi xkan beli sebab 2 pintu..aku lemau sikit dengan kereta dua pintu..rasa macam membazir je beli harga beribu tapi kecil.
tapi kalau skyline GTR aku rasa berbaloi sebab enjin power dan keluasan dalamannya walaupun dia dua pintu.
psl krete?? hehe yg aku thu psl proton nie..
saham dyer kne jual hnya 1 eur0 :)..
ader krisis ngn syrikat aper ntah...
Wong, decrews, fitri, Afiq, Alan, Mie
Inspira lagi cun. Lagi kalau pakai spec itam, baju batik. macam datuk2.. :D
Keta mewah, sebenar macam susah sikit. Sebab market malaysia kecik 27mil penduduk. Dah tu dia tak banyak export, fokus pada pasaran malaysia ja. Kalau ada yang export, murah pulak dia jual.
Masa proton buka kilang pertama dulu, orang tak setuju sebab masa tu cuma ada 17mil penduduk Malaysia.
Pasal design.
Orng pertama sekali tengok bajet. Dah kereta nasional relatif murah, jadi kebarangkalian orang beli kereta nasional lagi tinggi dari kereta asing.
Bab design. Ada pembaharuan sudah kan. Tengok model baru proton/perodua memang cantik. Tak macam dulu. Ada model tak cantik macam juara.
Pasal kualiti. Faktor pertama orang tengok bajet, kedua baru kualiti. Jadi kalai ada kurang kualiti sikit2 tu orang tutup sebelah mata je lah..
Tengok explaination kat sini lah.
http://chedet.co.cc/chedetblog/2008/07/proton-and-the-sale-of-mv-agus.html Tu kerja Pak Lah tu. hehehe..
Ixbarr :
Bal tahu tak model Perodua Rusa? hehehehe...
rakyat malaysia dah mampu beli kereta mewah sebenarnya..tak salah proton buat..tapi buatlah berdasarkan permintaan..
senang cakap buat kereta bila ada orang tempah..jangan macam sekarang..buat banyak banyak lepas tu tak laku.cuba tengok banyak kereta tersadai kat tempat jualan kereta..siang malam kena hujan panas.
bila sampai ke tangan pembeli kereta dah season.
ak minat toyota hilux sbb trlalu gah... kalo ak millionaire ak nk dptkn Hummer (American SUV).
memang generasi skrg rasenya ramai yg tak taw kewujudan proton putra dan zaman kegemilangannye....rase terpanggil lak nk bagi info ni tentang salah satu model proton yg tak ramai tahu -->
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0112&pub=Kosmo&sec=Pemotoran&pg=pe_01.htm
harap dpt membantu...sebab saye salah sorang pemilik proton putra :D
ni ade gamba megathering Putra Owners Club pada 1 january 2011
https://picasaweb.google.com/yentzl868/PutraOwnersClub#
TQ Yentz. Suka baca artikel Kosmo tu..
Perez.
Hummer rasanya dia tak kasi masuk Malaysia. Sebab lebar dia x sesuai dengan lebar jalan malaysia. hehehe
Post a Comment