Subscribe:

August 3, 2011

Kenali autograf pada wang Malaysia




Semenjak Bank Negara Malaysia (BNM) ditubuhkan pada tahun 1959 sehingga kini, BNM telah ditadbir oleh 7 orang Gabenor iaitu;
1.    Tan Sri W H Wilcock (Januari 1959 - Julai 1962)
2.    Tun Ismail bin Mohamed Ali (Julai 1962 - Julai 1980)
3.    Tan Sri Abdul Aziz bin Taha (Julai 1980 - Jun 1985)
4.    Tan Sri Dato' Jaffar bin Hussein (Jun 1985 - Mei 1994)
5.    Tan Sri Dato' Ahmad bin Mohd Don (Mei 1994 - Ogos 1998)
6.    Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hassan bin Sulaiman (September 1998 - April 2000)
7.    Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz (Mei 2000 - Kini)



Diatas carta menunjukkan tandatangan masing masing, menurut urutan. Bagi aku, tandatangan 7. (Zeti Aziz) paling cantik. Tandatangan Gabenor Bank Negara pertama pula tidak didapati, sebab pada eranya kebanyakan wang yang dikeluarkan adalah dalam bentuk shiling.

Kalau kita perhatikan, autograph Tan Sri Ali Hasan Sulaiman tu nampak macam 'Aishah'
Ada rumor yang duit itu ditandatangani oleh Permaisuri Aishah, bekas Permaisuri Agong. Siapa dapat kumpul 7 keping duit RM2, tendatangan Aishah boleh jadi ibu duit. Boleh wat ngangkung.



--------------------


Ini pulak duit sebelum penubuhan Bank Negara. Duit ini pula diautograf oleh Tun Lee Hau Shik, menteri kewangan Malaya sebelum Kmerdekaan.

Sebelum penubuhan Bank Negara, currency Malaysia dikawal oleh Currency Board of Malaya and Borneo (CBMB). Tun Lee Hau Shik menandatangani duit sebelum merdeka ini.




P/S : Ini yang layak mengaku muka cop duit. :D

6 comments:

Alan said...

aku ada duit dari nom 4 sampai nom 7..

I wong (依之汉) said...

"Siapa dapat kumpul 7 keping duit RM2, tendatangan Aishah boleh jadi ibu duit. Boleh wat ngangkung."

Aha. Buat apa benda2 khurafat ni. Join MLM sudah. Tak perlu risau apa-apa dah. Hahaha.

Aku ada gak baca pasal duit dalam buku Tun Dr. Mahathir. Memang berinformasi bagaimana beliau mengendalikan krisis kewangan 97/98.

Tak ke citer pasal tu?

Naisophon Y said...

buku tu belum baca. tak jumpa.

tak tau kisah lagi.. huhu. ko wat la entri

Afzainizam said...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
أهلا وسهلا يا رمضان!! ... رمضان كريم
”Selamat Berpuasa & Selamat Berbuka
firestartingautomobil.blogspot.com
bukandoktorveterinar.blogspot.com
~~~~~~~~~جزاك اللهُ خيراً~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
tip periksa kerosakan san servis radiator


uihhhh Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz tu anak kepada prof. diraja ungku Aziz tu.... mmg keluarga bijaksana ni....

Y.M. Tan Sri Dato’ Ungku Dr. Zeti Akhtar binti Ungku Abdul Aziz (Lahir 27 Ogos 1947) yang merupakan anak kepada Profesor Diraja Ungku Aziz dan Sharifah Azah Aziz, adalah wanita yang pertama dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia. Beliau juga dilihat sebagai salah seorang wanita yang begitu berkuasa di Malaysia. Pada 13 September 2010, Zeti terpilih sebagai antara Ketua Bank Pusat Terbaik Dunia oleh majalah Global Finance.

Tan Sri Zeti Akhtar Aziz telah dilantik semula sebagai Gebenor Bank Negara Malaysia (BNM) bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa 1 Mei 2011. Bank Negara Malaysia berkata pelantikan semula itu diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin. Maka, Tan Sri Zeti akan meneruskan tanggungjawab sebagai Gabenor Bank Negara lima tahun lagi dari tarikh 1 Mei 2011. Tahun 2011, beliau sudah memegang jawatan selama 11 tahun. Tahun ini, beliau mendapat gelaran “Gabenor Bank Pusat Terbaik Tahun ini” oleh penerbitan Emerging Markets di Washington.


hebatkan wanita ni..............

Tandatangan yang semua warga Malaysia menyimpannya dengan baik.

asrul rae x said...

Ungku aziz tu anak sultan johor rasanya.. kalau tak salah.

mak dia orang putih.

myfitri [dot] com said...

aku setuju yang zeti akhtar punye paling cun..huhu..tak pernah nak amek tau pulak sape yang sain duit tu :p

simple navigation

Followers