Sudah lama aku tidak buat entri pasal OS Linux. Ini karena aku kembali pakai Windows 7 sekarang. Beberapa software penting dalam Linux Ubuntu outdated, jika aku terus menggunakannya, not worth it.
Mungkin aku akan kembali jadi pengguna Linux beberapa tahun akan datang. Tapi walaupun bukan lagi pengguna Ubuntu, hari ini aku mau bercerita pasal salah satu servis dalam OS ini.
Magnatune. Jika kau pengguna Linux (based Gnome biasanya), kau tentu biasa dengan Magnatune – salah satu servis (plugin) pada Rythmbox. Jadi walaupun aku bukan pengguna Magnatune, tapi aku suka konsepnya. Jadi kali ini aku nak sentuh pasal konsep Magnatune.
Secara mudah, Magnatune adalah record label yang beroperasi online. Magnature mengumpulkan lagu lagu dari penyanyi berbakat bukan komersil, dan memaparkan dalam laman web mereka. Lagu yang dipaparkan tidak pernah disiarkan di radio. Pengguna boleh mendengar secara percuma. Magnature memiliki galeri lagu bebas yang agak besar. Pengguna boleh mendengar muzik secara percuma, dan muatturun jika berminat. Plugin Magnatune dimasukkan secara default kedalam Ryhtmbox, pemain muzik rasmi Ubuntu 10.10. Tapi aku disablekan fungsi ni sebab ia makan memori komputer.
Konsep Magnatune adalah unik. Harga lagu yang diletakkan adalah fleksibel – suka hati pengguna nak bayar harga berapa. Maknanya, lagu yang dijual adalah berdasarkan nilai lagu yang diletakkan sendiri oleh kau. Jika kau berpuas hati dengan quality lagu yang kau muatturun, dan rasakan ia berpadan dengan harga RM5, maka kau boleh bayar RM5. Jika kau tak berpuashati dengan kualiti lagu tersebut, kau tak perlu bayar apa apa.
Aku suka konsep ini, bayar ikut nilai yang kita sendiri tetapkan. Konsep ini lebih adil. Berbanding sekarang, harga produk ditetapkan oleh penjual sendiri. Ada kalanya, kita rasakan harga yang kita bayar tidak sepadan nilai yang kita dapat.
Mungkin konsep ‘bayar ikut nilai yang ditentukan pengguna akan jadi standard pricing untuk masa akan datang.
---------------
P/S : Pengguna Linux Ubuntu boleh akses Magnatune dari Rythmbox mereka. Kalau kamu pengguna OS Windows, bkamu bolih akses laman web mereka dari sini.