Subscribe:

March 31, 2011

Mydin, Walmart, Tesco..



Mydin sebuah serikat yang sedang meningkat naik, dan agresif berkembang dalam segmen runcit. Strategi Mydin hampir sama dengan Walmart, syarikat peruncit terbesar di dunia, kalau kamu perasan. 
Konsep Walmart, bigbox mall dipakai oleh Mydin. 

Ada juga contoh lain, macam in-house radio chanel, jugak ditiru oleh Mydin.







CASE

Aku paling suka baca kes kesilapan pricing time perasmian Mydin MITC April 2009. Masa tu, Mydin buat suprise dengan jual ayam mentah
RM0.99 sekilogram.

Sasaran mereka, harga ayam yang murah akan jadi 'umpan' untuk menarik pengunjung datang. Mereka 'KILL' harga ayam, dalam masa sama mereka 'UP' harga seafood lain.
 
 Tapi mereka buat silap besar.
Oleh sebab Mydin jual ayam tu bawah harga modal, jadi makin banyak ayam terjual, makin besarlah gaps mereka rugi.
Kata lah mereka beli 1KG ayam dengan RM4, then jual dengan harga RM0.99, maknanya setiap KG ayam mereka rugi RM3.01. 

Jika ada 100kg ayam, mereka akan rugi RM301. Begitulah seterusnya.

Apabila dihitung, mereka  rugi RM500,000 sehari atas jualan ayam. Relatf kecil. tapi bagi orang biasa macam kita, setengah juta tu beb mereka rugi. Tu belum masuk loss atas produk seafood, udang sotong tak laku semua orang beli ayam RM0.99.

Dah dua kali rugi.. :D



Sumber : Bloomberg




















p/s : Sekarang, Mydin claim mereka tak lagi guna taktik YOYO pricing. Sebab mereka 'insaf' dari tragedi MITC Melaka ni. Hehehehe.. Apa pun, good move pada Mydin. Teruskan usaha anda bekalkan produk Halal pada muslim. :)
Bacaan tambahan : 
1. Bloomberg Businessweek : Mydin Mohamed Holdings Bhd, corporate info.

March 28, 2011

Tertunggu-tunggu loan sem depan masuk..



Tadi aku terjumpa satu iklan di Mudah.My


Used set Clubs, condition 7/10, 10 month, set John Daly, set1 Putter, 6 Iron P,5,6,7,8,9 and 2 Driver 3-15º,5-19º, including bag. Price RM350, nego.



P/s : Malangnya sekarang aku betul-betul kontang. Kalau sekarang masih di awal sem, duit loan masih banyak lagi, plus duit aku kerja sambilan,  rasanya aku dah beli tu. Huhuhu...  






March 26, 2011

Dexter's Laboratory





Pada pertengahann 90-an, sekolah lama aku pernah dikepung polis. Semuanya gara gara polis mengesyaki ada seorang student sekolah aku tu terlibat dengan satu sindiket dadah. Aku tak pasti budak dadah tu tingkatan berapa, yang pasti masa tu aku masih beringus lagi. Cerita ini dicerita balik oleh guru disiplin sekolah.

Apa yang buatkan aku bangga, budak tu sebenarnya seorang yang amat bijak. Seorang super-genius, suka bereksperimen dengan bahan kimia. Dadah yang dijual itu sebenarnya dadah ciptaan beliau sendiri, mengikut resepi yang beliau dapat dari buku, diolah sendiri. Makmal beliau di bilik tidur. Bahan mentah beliau dapat dari pasaran terbuka.

Ceritanya sama macam David Hahn, seorang remaja 17 tahun yang bina reaktor nuklearnya sendiri di belakang rumah pada 1994. Bezanya, Hahn adalah genius nuklear, manakala budak sekolah aku ni genius kimia.

Best kalu aku dapat jadi bijak macam dua ekor tu.

Apa pun, aku rasa simpati bagi beliau sebab kantoi terlalu cepat.. Bagi aku, orang bijak sebegini perlu diberi peluang kedua.. Rugi bakat sebegini disia siakan. Ape kamu rasa?














Bacaan tambahan : Dangerous laboratories

March 24, 2011

CUTE, Comel Sungguh.. (siri tiga)








Di atas merupakan screenshot iklan Axe Effect Malaysia. 


Dalam iklan ini, seorang gadis cantik tertarik pada seorang lelaki dgn produk Axe. Gadis tersebut menulis no phone nya pada sandwish menggunakan sos.

Aku pasti ramai yang pernah lihat commercial 30 saat ini, sekurang-kurangnya sekali, ia disiarkan di TV malaysia untuk period yang agak lama, setahun. Axe Effect sebenarnya satu jenama deodorant, dari Unilever. Iklan ini sungguh menarik, gadis itu sangat comel. Kempen pemasaran untuk Axe Malaysia dijalankan oleh firma Arcis Communications.



Siapa gadis dan pemuda dalam iklan tersebut? Mulanya aku ingat orang Jepun. Tapi, suatu hari, ketika aku berkunjung ke satu forum Indonesia, aku baru tahu iklan Axe Effect ini turut disiarkan di Filipina, pelakon sama tapi dengan sikit gubahan pada no phone. Nama pelakonnya Asmirandah (1989) dan Andre Andika (1987).



--------------
Biodata dua pelakon ini boleh diakses di id.wikipedia


March 23, 2011

Bian Chiang, Bank Bumiputera, CIMB..





Seorang jutawan Sarawak, Wee Hood Teck telahkalah judi, dan terpaksa jual 80% kepentingan saham beliau dalam Bian Chiang Bank kepada sahabat lamanya untuk bayar hutang judi.

Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) beli bank itu dengan harga kurang RM5 juta atas dasar bantu kawan.

Dalam masa yang sama, PM Malaysia Tun Razak merasa risau dengan pekembangan ini. Beliau takut kalau-kalau Tengku Razaleigh bakal hilang kosentrasi pada pembangunan Bank Bumiputra, yang mana pada masa itu Tengku adalah CEO-nya. Jadi, Tun Razak menasihatkan Ku Li menjual sahamnya dalam Bian Chiang kepada Fleet Holdingn Berhad, syarikat pelaburan milik UMNO.

Bian Chiang Bank ini kemudian dijenamakan semua sebagai Bank of Commerce. Bank of Commerce bercantum dengan Bank Bumiputra semasa tahun 1998 (?), dan dijenamakan sekali lagi menjadi Bumiputra-Commerce Bank (BCB). Paling akhir, ia menjadi CIMB.

Aku dengar, sekarang market value CIMB dah lebih dari Maybank, betul ke? Aku tak jumpa sumber terbaru, tapi ni sumber tahun lepas. Tahun 2009, harga saham CIMB skyrocketing sampai 128%. whoa..~



----------
P/s : Info CIMB ni aku baca dalam buku 'Malaysian Maverick, by Barry Wain'. Aku rasa berbaloi untuk dikongsi..


March 19, 2011

Bachok, Kelantan







Salah satu vision Dr. Mahathir adalah untuk 'kill' Singapore. Perancangan beliau sangat rapi, namun ada kalanya gagal.

Antara vision beliau yang gagal adalah melaksanakan projek mega terusan Kra. Terusan ini dibina dengan membina satu terusan air dari timur semenanjung menembusi ke pantai barat. Dengan ini, kapal dagang yang belayar dari Eropah ke Jepun tidak lagi perlu melalui Singapura, sebaliknya terus belayar melalui terusan. Dapat jimat masa perjalanan, dan mengurangkan risiko lanun selat Melaka.

Di sebelah pantai barat, pelabuhan akan dibina di tanah Thailand. Manakala di pantai timur, satu pelabuhan maritim akan dibina di tanah Malaysia, iaitu di Bachok, Kelantan. Aku pasti Bachok akan maju gila vavi disebabkan pelabuhan antarabangsa ni.



Malangnya, semua ini dah terkubur. Semuanya gara-gara PAS menawan Kelantan pada pilihanraya 1990. kamu faham sifat orang PAS kan? Kok! Kok! :D





p/s Comment disabled.

[29 Mac] Komen dibuka semula. Sila lah beri pendapat bernas ye. 

March 14, 2011

Promo Majalah Ujang



video

Aku adalah peminat majalah Ujang dan Gila-Gila.

Majalah GG paling lama aku miliki bertarikh 1992, yang aku dapati di bazar seni taman Kerang, Kuantan Pahang masa aku di kolej dulu. Aku belinya dengan harga RM0.50, harga standard buku terpakai. Tapi nilainya bagi aku lebih dari tu.

Memang berbaloi-baloi sebab isi padat dan lawak mantap. Lawak dalam GG lebih ilmiah dan secara satira berbanding dalam Ujang.

Dalam GG yang aku beli tu, dalamnya ada karikatur tentang US Presidental Election 1992, antara Bill Clinton dengan George Bush, dan Ross Perot. Muka depan ada karikatur Menteri dalam Negeri masa tu. aku tak kenal sapa tapi maybe Abu Hasan Omar, juga bekas MB Selangor sebelum Toyo.

Rangkumannya meliputi isu antarabangsa, termasuklah politik dasar luar Jepun dan US. Memang pemikiran editor GG masa tu kritikal sungguh. Tak tercapai otak aku.

Pada tag harga dinyatakan RM2.50 senaskah.


--------------

Video atas adalah promo majalah Ujang edisi Raya. Aku suka video ni. Ia cuma 50 saat, cubalah tengok. Dialek kelantannya memang kena, ade kelas.. Aku dapatnya dari blog kartunis Bijan.



Bacaan Tambahan

March 12, 2011

Rajah Muda Sarawak, Anthony Brooke



Former last Rajah dies 





Gambar diatas adalah Rajah Muda Sarawak yang terakhir, Anthony Walter Dayrell Brooke. Baginda hampir dilantik menjadi Rajah Sarawak ke-4, tapi Charles Vyner (raja ketiga) bertindak menyerahkan Sarawak pada British pada 1946.

British kemudiannya mencantumkan sarawak kedalam Malaysia.

------------
Baginda meninggal 6 hari lepas (5/3/2011) pada usia 98 tahun di New Zealand. Rumah baginda di NZ dinamakan Rumah Brooke.

Ramai yang tidak tahu, baginda adalah lulusan pengajiaan Adat Melayu dan Syariah Islam (Mohammedan Law) dari University London. Major dalam bidang ini membolehkan baginda lebih memahami budaya tempatan. Rakyat dibenarkan keluar-masuk ke istana untuk bertemu beliau tanpa sebarang sekata. Beliau digambarkan penyokong perjuangan Rosli Dhobi, pejuang anti-penyerahan Sarawak. 
Aku terbayang, sekiranya baginda menjadi raja sarawak sampai hari ini, adalah baginda akan menjadi YDP Agong ? Ini kerana baginda dibenarkan memakai honorifics 'Yang Maha Mulia', yang mana setaraf dengan sultan lain, mengikut titular kerajaan Malaysia.


Ada sesiapa dapat bagi penjelasan?







March 11, 2011

Tagged






Ada beberapa orang student UMK jumpa akaun Tagged aku, dan nak add sebagai kawan mereka. Tapi aku reject. :D

Maaf ye kawan-kawan. Tagged ni hanya untuk berseronok, dan bercomel-comelan. Dari 130 friendlist kat Tagged, cuma 5 orang yang aku kenal. Yang lain tak kenal, kami jadi kawan secara random. Tagged bukan untuk real friendship, macam Facebook. Walaupun aku letak muka sebenar kat sana. Huhu.

Kesimpulan, lain kali kalau jumpa kat sana jangan add okey.




March 9, 2011

Sunlight, Axion, Good maid dan Ekonomi Handalan



Aku akan beli satu mangkuk Axion saiz kecil tiap kali semester baru bermula. Harganya kurang RM2, fungsinya untuk basuh mangkuk/mug.

Sebenarnya, ade banyak jenama pencuci pinggan mangkuk di pasaran. Kamu mungkin biasa jenama kuat harimau, good maid, sunlight. Tapi aku tetap suka jenama Axion. Basuhannya bersih, tidak tinggal kesan minyak langsung. Bila pinggan yang kita basuh tu kering, dia akan betulbetul kering. Bukan macam jenama lain. Jenama lain kan, bila lepas basuh tu masih ada sakibaki minyak melekat. Kena tonyoh betul2 baru bersih. Kalu axion, bilas sekali pun dah setel.
Jimat air.

Satu lagi, mungkin kau boleh cuba guna axion utk cuci kereta. Propeties kereta dengan pinggan/mangkuk kan tidak jauh beza, dua dua adalah bahan kaca, jadi tidak salah mencuba, silakan. Kalau kamu pakai axion untuk bersih kereta, jimat bil air whoo. Cuma dua kali bilas, sekali dengan air larutan axion, sekali lagi dengan air bersih. Caranya cuma larutkan pasta axion dalam baldi, dan terus boleh digunakan. 

Haha.. simple, dan selamat mencuba.. :D  :D



March 8, 2011

Apa kamu buat kalau terserepak orang 100% iras kamu?



Aku pernah mengalaminya. Ketika itu aku dalam satu program yang menghimpunkan pelajar undrgraduate dr seluruh negara.

Ketika nikmati sarapan di cafe, aku terperasan seorang yang menyerupai diri aku sendiri. Copy-paste of myself. Rombongan dari UMT rasanya, kalau dilihat dari logo segitiga tu. Lama aku perhatikannya. Dia sedang berjalan dengan kawan satu kampusnya, seramai 20+ org. Dia sedang pegang DLSR. Tiba-tiba, dia memandang ke arah aku.

Terus, aku buat-buat baca pamplets.. :D :D 





March 5, 2011

Gambar yang menyebabkan aku rindu kampung





Ini gambar Oktober lepas ketika berada di rumah. Megi rebus digandingkan dgn Nescafe O. Untuk pengetahuan kamu, semasa di rumah citarasa pemakanan aku sangat tinggi. Segala macam mak nenek aku campur tiap kali masak. huhu...  

Masa aku kecik, perisa yang ada dipasaran cuma kari dan ayam. Perbezaan antara dua perisa ni mudah, megi ayam pembungkusnya bewarna hijau manakala kari, bewarna merah. Aku lebih suka megi ayam.

Tahun 1997 kot barulah diperkenal perisa tomyam, sup tulang dan asam laksa.

p/s Kurang gemar megi asam laksa, rasanya sungguh aneh.. :D


simple navigation

Followers