Subscribe:

April 20, 2011

Anniversary Blog Palimol, dan dekstop April 2011 (re-visit)




Kalau ikutkan unofficial peraturan Blogger, seseorang blogger dikira matang jika telah berblog lebih dari setahun. Aku baru saja lepasi tarikh tu beberapa hari lepas. Maknanya aku bukan lagi newbie. :D


Tarikh entri pertama blog Palimol ni adalah 18 April 2010.

Kemudian aku off selama 3 bulan.



-----------
Entri kedua disambung balik pada Julai, 2010. Asal usul blog Palimol ni aku rancang sempena Petandingan Blog Pelancongan Terengganu pada masa tu. Peserta perlu buatkan satu blog bertemakan pelancongan.

Nama Palimol sendiri adalah nama Kuala Terengganu dalam catatan Ptolemi. Primula,Palimula, Palimol semua tu merujuk pada tempat sama, kota pelabuhan 2000 tahun sbelum masihi. Jadi aku fikir bagus sangat lah aku pakai nama tu kat nama blog petandingan tu. Hadiahnya RM7000, aku cuba kejar tapi malangnya aku kalah. Loser.  :P

Aku merajuk sebab tak menang, jadi aku padam entri lama, tapi retain url sama. Blog sampah, memang tak layak menang pun. Hehehehe..



Salah satu masalah aku adalah memilih tajuk enrri yang sesuai. Sebab tu kebanyakan tajuk entri aku tak langsung melambangkan isi. Kadang2 tu, aku cuma ambik tag entri saja. Malas n tidak pandai cari tajuk sesuai.

Aku juga dah buang iklan pada blog ni 3 bulan lepas. Rasa macam tak berbaloi, pasang iklan tapi cuma dapat RM7 je. Buang bandwith je. Takpa lah tak dapat buat duit pun. :)

Untuk tema blog, aku tidak pandai guna html. Tapi lebih baik mencuba, jadi aku cuba cari tutorial html kat internet. Tema yang aku pilih adalah paling basic, minimilize. Au suka biru muda, sebab mata tak penat untuk baca entri. Kadang kadang, aku letak gambar between entri, supaya lebih santai dan rehat.

Aku juga merancang untk buat blog kedua dalam English. Mungkin dapat baiki kualiti BI aku sedikit sebanyak. Aku dapat inspirasi dari Wong. BI aku sumpah teruk, plus vocab kurang. Tapi, blog tu banrangkali aku buat untuk bacaan sendiri saja. Hehehe. Bebas sikit letak entri jiwang. :D


Tu lah sedikit sebanyak tentang sejarah blog ni. Dah lebih setahun dah. Tapi belum sampai tahap otai macam Alan.
Bro YB kita ni, dia  punya since 2006. 

Sempena anniversay ni, aku teringaat sesuatu. Kalau orang lain, terutama kalau ownerblog tu lady, setiap anniversari blog dia buat contest. Tapi kalau aku buat, ade na join ke? 

Hehe. Tak payah mengarut asrul, malu lah wat contest gitu, tak lelaki la.. :)

Oh ya, aku off blogging sampai september. Maaf kawan2 blog.   


-------------------



Dekstop bulan April. Sistem Linux Mint 10 Julia. 
Credit: MelayUbuntu


Government, Business, GMT and weekend..






Ketika Dr Mahathir ambil alih jawapan PM, beliau lakukan dua perubahan radikal pada sistem negara. Pertama, seragamkan waktu semenanjung dan Sabah/Sarawak.
Kedua, perkenalkan name tag nama.

TAG NAMA


Contoh Tag nama yang bagus. Simple dan recognizable.
gambar hiasan.

Sebelum tu, belum meluas lagi penggunaan tag nama di Malaysia. Mungkin sebab ramai orang ingat ni benda remeh.

Pegawai yang pakai tag nama rasa diperhatikan, jadi mereka dapat motivasi untuk buat kerja dengan lebih baik. Juga, tag nama jugak sebenarnya manipulasikan psikologi manusia, kamu sendiri pun akan rasa lebih dekat kalau pegawai sebut nama kau, lebih lagi kalau orang berpangkat. Kamu akan rasa dihargai.

Sama juga macam aku. Aku lebih suka kalau pensyarah panggil nama, berbanding sebut you,you, you macam tu saja. Satau penghormatan kalau orag besar kenali kita.

Dr Mahathir sendiri menggunakan nametag bertulis 'Mahathir'. 
Kesan dari pengenalan tag nama ini, produktiviti urusan kerajaan naik mendadak.



SERAGAM WAKTU GMT TIMEZONE



Seragamkan waktu semenanjung dengan waktu Sabah/Sarawak. Kesannya produktiviti kerja bertambah. Tidak ada lagi  masa bertembung atau bertindih, setiap program libatkan dua wilayah ni. 

Dulu, Semenanjung adalah GST 7.0+ manakala Sabah/Serawak GST 8.0+. Erti kata lain, kalau semenanjung jam 8am, kawan kita kat borneo baru jam 7am.

Dr Mahathir awalkan waktu Semenanjung sebanyak 1 jam. Waktu standard Semenanjung diseragamkan mengikut waktu SabahSarawak. Kalau dulu, kita GST 7.0+, maka sekarang kita di GST 8.0+.






KESIMPULAN
Aku buat entri ni disebabkan mau mengaitkan isu perubahan minor, dengan kesan major. Aku rasa tidak bagus bagi Kelantan/Terengganu memiliki hari minggu berbeza dengan negeri lain. Aku harap ia diubah segera. Aku mahu cuti Sabtu/Ahad.

Cuti Jumaat/Sabtu sangat tidak bagus dari segi effectiveness dan produktiviti pekerja. Semua urusan yang melibatkan dua negeri (eg: Pahang-Terengganu- KL) akan tergendala disebabkan gaps 3 hari ni. Bayangkan kamu ada urusan komersil dengan bank, kamu dari Terengganu ke Selangor. Maknanya, 3 hari dah burn. Amat rugi.

Aku harap negeri aku terus maju lepas ni. Gaps tiga hari ni sebenarnya antara faktor bantutkan ekonomi negeri. Mungkin bagus kalau weekend di seluruh negara diselaraskan.







PS: Apa pendapat kamu?
Rujukan: Barry Wain (2009), Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times 

April 8, 2011

Proton Perdana dan Proton Putra..



Nissan Fuga


Ini mungkin berita betul, atau mungkin tidak. Komen salah satu pembaca weblog Dr Mahathir, Proton Holdings sekarang sedang berunding dengan Nissan untuk membina model mewah Nissan Fuga,dan dijenamakan semua sebagai Proton Perdana generasi baru.

Ini sama macam Inspira, rebadge dari Lancer.


Proton Perdana, kereta ni disasarkan pada golongan elit dan digunakan sebagai kenderaan rasmi kerajaan. Ia keluar pada 1995, dan ditamat pengeluaran pada tahun 2010. Mungkin sebab tu lah aku tak lagi nampak model kereta ni atas jalan raya. huhuhu..


Kereta paling rare atas jalan adalah Proton Putra. Kali last aku nampak, 2003. Basically, ia cantuman design keta Wira dengan Proton Satria, dua pintu. Aku pasti kau pun jarang nampak keta Proto Putra ni.. betul ke?


Ni pulak, transport impian aku. Isuzu D-Max. Sangat gagah.... ;-)




Ni pulak, Catepilar. Dulu aku banyak kali kerja (praktikal) di stesen petrol, jadi hari-hari aku jumpa dan sembang dengan geng driver ni, kecuali Jumuah sebab mereka off pada Jumaat. Yang aku tau, life sebagai driver sangat cool. 


Salah seorang usahawan Amerika jadi role-model aku juga pernah jadi pemandu selama 12 tahun, sebelum dapat inspirasi untuk bina kilang petrocemical, then jadi antara orang paling kaya di Amerika dan masuk listin FORBES. 


Orang begini ibarat Naga Tidur, dan low profil. Orang tak tau dia hebat. JB Hunt ni sekolah rendah pun tak masuk. Orang tak pandang pun dia. Tapi bila dia 'mengaum', semua mula buka mata.  Aku suka stail naga  tidur ni dan cuba tiru, tapi aku tak berjaya la.. haha.. 


Kalau aku kaya, maybe aku akan beli engin ni sebagai koleksi. Macam Raja Hasanal Bolkiah ada koleksi Lamborghini, aku pulak nak koleksi Catepilar/JCB. 
Nampak gagah je...


 PS : Sori kawan blogger aku tak sempat balas komen entri. Minggu busy.       
Credit : Galeri gamber Nissan Fuga

April 6, 2011

Tongkat Ali, Blau Belian.






Baru-baru ni, aku ada beli satu paket akar tongkat Ali yang telah diracik, masa pameran kebudayaan orang asli Jahai. Harga dia RM5, murah sungguh. Aku sebenarnya beli sebab harganya yang murah, dan jugak sebab akar ni dalam bentuk tulen sebegini agak susah nak jumpa kat tempat lain. Aku bercadang gunakannya sebagai teh herba.

Orang asli tu cakap, sekeping akar tu direndam dalam air selama minimum 3 jam. Kemudian boleh lah diminum air tu. Lagi lama rendam, lagi bagus.

Aku cuba buat. Aku letakkan sekeping akar tu dalam heater. Dan biar terendam semalaman (kesan maksimum). 


Last sekali, bila aku cuba minum, pahit woh! Rasa nak muntah. Lebih pahit dari panadol. Seolah-olah sedang kemam panadol dalam mulut, seksanya nak teguk.. Huhu...






PS: Patut lah orang melayu minum air ni dengan kopi susu. Pahit rupanya.
Credit gambar : Sakinah Wahbi

April 3, 2011

Buku Buku



The Malay Dilemma, with New Preface 2008

Baru sahaja baca The Malay Dilemma, with new preface (2008). Buku ini lebih tebal, banding dengan The Malay Dilemma 1970 dulu. Buku kedua lebih progresif, ditulis lepas bersara dari PM.

Seperti biasa, penulisan Dr Mahathir tidak pernah mengecewakan.

Apa aku tahu, Dr Mahathir memang penulis yang bagus. Di Kolej, Dr Mahathir karang artikel dan hantar pada Strait Times. Bayaran dapat beliau guna untuk belanja kolej. Baru 20 tahun. Tulisan dah masuk akhbar.

Terasa loser benar aku. Huhuhu..

Mungkin bagus kalau DS Anwar Ibrahim ikut jejak Dr Mahathir terbitkan buku. Dengan tulis buku pemikiran beliau tak hangus. Aku tetap merasa DS Anwar seorang pemikir yang bagus, wlaupun kini dia makin jatuh.


Aku suka stail Dr Mahathir. Setiap note ucapan dia tulis sendiri. Blog pun dia tulis sendiri. Dengan cara ini, dia betul-betul faham apa dia nak terangkan. 


Kalau pemimpin lain, banyak baca je teks ucapan. Orang lain tulis, dia tukang baca. Banyak kes jadi begini. Perenggan ke sembilan. Perihal 'anugerah tuhan'. Dah malu sendiri.. :D



Pasal tulis buku, seorang penysarah aku dari India bersungut. Malaysia tak banyak buku akademi tempatan. Bukan trend di Malaysia untuk tulis buku akademi. Jadinya banyak kena pakai buku import untuk tujuan pendidikan.


Jadi, case study yang kami belajar semuanya kes antarabangsa punya. Unilever, ProcterGambler, Shanghai Tangs, etc. Tak ada ciri tempatan.


Nak explain pun susah. Sebab tak ade citarasa tempatan. Susah nak kaitkan dengan benda sekeliling. Yang ade sangat terhad diterangkan dalam buku. Macam baru ni, kes Mydin.



p/s: 
Entri ni pasal buku. Bukan pasal politik. Komen pasal politik aku tak campur.

simple navigation

Followers