Subscribe:

June 28, 2011

Tun Tengku



DULU, ramai raja-raja melayu menolak sistem beraja pelembagaan. Terutama apabila pada awal penubuhan Malaysia dahulu. 
Pada masa tu, Raja masih lagi berkuasa mutlak, kemudian penubuhan kerajaan beraja berpelembagaan bermaksud raja sendiri berada dibawah pelembagaan, tidak mutlak lagi.

 Sesetengah raja-raja merasa status mereka downgrade dan tidak lagi mutlak macam dulu, sebab kini mereka sendiri berada dibawah undang-undang. Sebab tu ramai raja tak mahu terima sistem raja bepelelmbagaan.

Tapi,pada masa tu seorang bangsawan (?) aku lupa nama datang dan pujuk raja-raja. Kata bangsawan tu, apabila malaysia berpuluh tahun merdeka kelak, negara akan maju dan warga malaysia yang capai status kelas menengah dan kelas atasan akan bertambah. Golongan kelas menengah tidak lagi merasa memiliki raja adalah satu keperluan, macam yang berlaku sekarang ni. 



Tugas asal raja (Sri Tri Buana's Ethics) adalah melindungi, tapi pertambahan warga kelas menengah dan atasan bermaksud mereka sendiri boleh berdikari dan lindungi diri mereka dan harta mereka, dan tidak perlukan lagi fungsi pelindungan dari seorang raja.

Jadi, kalau raja-raja pada masa tu masih berkeras mahu kuasa mutlak, mereka mungkin tidak lagi akan terima sokongan rakyat apabila merdeka kelak dan wujud dalam dunia sendiri. Kelompok raja akan jadi isolated, sebab fungsi mereka tidak lagi dilihat dek petambahan rakyat kelas menengah yang boleh berdikari.

Jadi lah macam cerita seorang raja di sebuah Pulau tak berpenghuni. Sang Raja ni bertakhta bersendirian, akhirnya tiada makna. Begitulah, sekiranya raja melayu dulu berkeras mahukan sistem raja mutlak, maka sekarang sistem itu terus isolated.

Mereka fikir panjang, dan mereka (raja-raja) setuju terima sistem raja bepelembagaan, dan hasilnya golongan diraja dihormati hingga hari ini. Kalau tidak sudah tentu sistem beraja di malaya sudah pupus, sama macam raja raja indonesia.



Daulah Tuanku!
-----




Bercakap pasal kelompok diraja, di kawasan Hulu Terengganu ni aku perasan ramai betul orang yang ada gelaran Tun kat depan nama. Contohnya, Tun Faris Tun Ahmad. Tugas aku adalah mengisi borang, jadi memang betul nama Tun tu nama pada kad pengenalan lah.

DI SINI, nama Tun ni satu nama gelaran warisan, sama macam gelaran Tengku, Wan, Nik, Che. Maybe Moyang mereka zaman dahulu kala adalah seorang raja daerah atau pembesar di kawasan Hulu Terengganu sini.

Aku sendiri keturunan 'Che'. Tapi mama aku dah gugurkan nama Che tu, tapi abah aku masih pakai nama tu. Nama penuh aku Asrul Afendi Che Hussin. Kalau tidak gugur, nama aku maybe jadi Che Asrul Afendi. Nama tu diwarisi dari keturunan abah aku. Abah aku orang kelantan. Memang orang Kelantan ramai pun ada nama Che kat depan.

Ada sapa disini tau apa maksud 'Che'?




June 26, 2011

why July 9th?




Pehimpunan BERSIH untuk gesa satu pilihanraya yang clean dan seimbang. Bagi aku tak ada masalah. Tiada sebab pro-kerajaan mahu bantah amalan ini. Demonstrasi cuma amalan biasa untuk kerajaan Demokrasi.

Cuma jangan la bikin pada 9th July.. hehehe...   Ada agenda tu..








SIEP 4 :Sales Assistant, hati mau senyum.. )





Sebagai saleman, aku kena suka tolong orang, mane tau orang itu lembut hati dan beli barang dagangan aku.. hehehe....
Satu hari, aku nampak seorang nenek pasang khemah jualan. Nenek tersebut peniaga di pasar malam. Disebabkan aku bosan, aku selalu lepak di khemah jualan dia dan bersembang. 


Bersembang degan orang tua memang best. Orang tua ni banyak pengalaman, dan suka bercerita. Aku rasa semua orang tua macam tu, suka bercerita.



Kedai tempat aku berdagang hehehe

Memang semua sifat perempuan agaknya. Apabila perempuan menyenangi seseorang, dia akan bercerita tentang keluarga. Kalau boleh dia nak perkenalkan semua ahli keluarganya pada lelaki itu..

Same laa dengan  nenek tadi.. Dia pun sama, ceritakan pasal ahli keluarga dia, cucu dia, kerja dan apa yang dia suka. Dia juga ada tanya aku pasal tamat mengaji al-quran, pendidikan, ahli keluarga. Aku pernah sekolah agama, jadi aku dapat jawab dengan baik, walaupun aku bukan penganut yang baik.

Sampai la satu ketika dia berkias.. 'Awang, cucu perempuan nenek ada sorang masih kosong, kalau kau nak kau ambik lah... tunang ja dulu, kalau ada duit tamat belaja boleh la akad..”

Alamak, dia suruh aku pegi meminang cucu dia.. Aku terdiam segan. Hahah. Malu sheh.




---------
Aku kenal juga cucu dia tu sebab dia ada sekali-sekala datang ke gerai nenek dia. Tubuh kecik comel, suka pakaian pink, sweet keanakan dan kulit cerah. Jenis lurus dan peramah juga tu. Bekas pengawas sekolah hehe mampus aku kena queen control.. hehehe

Cucu dia nama Sarah, baru tamat SPM, kerja kerani, lawa juga. Hahah.

June 18, 2011

Desin baru penutup botol Coca- Cola




Gambar di atas adalah bentuk baru penutup botol Coca-cola. Ia mula diperkenalkan di Eropah. /
 Penutup botol lebih mudah untuk dibuka. Aku pasti ramai hadapi masalah untuk buka penutup botol, sebab ia ketat.
Aku tak pasti, bila dia akan diperkenalkan di Malaysia. Cantik betul design dia. hehehe.


COLA WAR

Aku ada bikin beberapa entri tentang coca-cola pada entri lepas. Antaranya persaingan antara coca cola dan PEPSI. 


Pepsi adalah sebuah serikat yg hampir muflis pada era Great Depression, dan pemilik Pepsi beberapa kali berunding dengan Coca-cola untuk serap jenama PEPSI kedalam the Coca Cola Company. Tawaran PEPSI itu ditolak walau lepas beberapa kali rundingan dengan Coca-cola.


Disebabkan itu, jenama PEPSI terpaksa berkembang dengan cara sendiri. 
Pepsi mula masuki pasaran orang kulit hitam dan negro, dimana dua pasaran nibelum ditembusi sepenuhnya oleh Coca-cola. 

Manalala bermula 1984, Pepsi mula memaparkan raja Pop Michael Jackon sebagai icon Pepsi. Semenjak itu, jenama Pepsi mula berkembang kedalam pasaran orang kulit putih. 

PEPSI terus bekembang, dan mengatasi Coca-cola dari segi nilai dan pendapatan. 

Revenue PepsiCo pada 2010 adalah USD57.84b, manakala the Coca-cola Company, cuma mencatatkan USD35.12b untuk tahun sama. 

Ramai orang pertikai, kenapa lah Coca cola tak beli pepsi pada masa dulu walaupun dapat peluang? :)




June 13, 2011

Mimpi




Beberapa tahun lepas, aku pernah mimpi terima satu naskah Yajur Veda dari someone.

Sampai sekarang aku tak boleh recall sapa lelaki tua dalam mimpi tu. Yang aku ingat, naskhah tu sudah ada di tangan – tanpa penjelasan. Yajurveda adalah salah satu dari empat canonical veda, manuskrip sanskrit vedic, antara 1400BC – 1000BC.

Ade ahli tafsir mimpi sini tak?





(UPDATE) Piala FA 2011



Beberapa hari lepas Piala FA. Aku tidak minat soccer, tapi aku tengok juga. Stadium Nasional boleh muat 90,000 penonton, 2/3 darinya dipenuhi penyokong merah. Bakinya dipenuhi penyokong hitamputih dan penonton awam. Ramai betul geng merah. Tapi tidak hairan, sebab KL dan selangor memang ramai diasopra kelantan.

Cuma, aku terfikir. kenapa ya majoriti
ge
ng Pahang sokong Terengganu? 



P/S: Maybe sebab warna bendera sama kot. Tok Gajah pun geng 'tahi cicak' juga..:D


June 9, 2011

CUTE, comel sungguh.. (siri empat)


Berapa umur gadis ini?


Berapa umur gadis ni?

Walaupun nampak muda, sebenarnya umur gadis ini telah mencecah 30 tahun. 
Namanya Xia Da, dilahirkan 4 April 1981 di Huaihua, wilayah Hunan, China PRC. Beliau seorang mangaka, pelukis komik stail Jepun. Walaupun beliau dilahirkan di China, karya beliau telah tembusi pasaran Jepun. Hasil karya manganya boleh dilihat dari facebook fan beliau di sini.
Beliau terkenal karena wajah comel dan awet muda luar biasa. 


Xia Da sering ditawar untuk menjadi model kategori 'tween',  istilah komersil untuk golongan gadis berumur 9- 14 tahun. 
Mmang dia awet muda pun. Aku sendiri rasa budak macam tu baru darjah enam. Kalau aku jumpa dia mesti aku panggil dia adik. hehehe.. Penjelasan secara saintifik boleh didapati di link bacaan tambahan kat bawah.



Bacaan Tambahan
1. Kaskus : Cewek umur 30 tahun tapi kaya 15 Tahun Gan!!
2. Wikipedia : Hunan Province





June 2, 2011

SIEP 3: iPhone pakcik pasar malam.





sekarang, memang trend pakai jenama Apple. aku tak berkenan sangat dengan jenama ni. tapi, masa aku pegi pasar malam jumaat lepas, aku terjumpa seorang Pak Cik peniaga pakai hp Apple iPhone. Terdiam aku. Aku cuma pakai hp nokia 3120c biasa saja.

kenapa orang suka barang Apple? Bagi aku biasa saja. Aku pernah cuba laptop Mac, tapi feel dia macam Linux Mint saja yang aku pakai sekarang. Tak jauh beza sangat. tapi tetap juga dapat sambutan. Ni mungkin sebab brand equity barangan apple tinggi.



Brand Equiti ni sebenarnya berapa harga kamu sanggup bayar untuk barang Brand A, compare kesanggupan beli barangan serupa. Kalau brand equiti tinggi, memang orang sanggup bayar lebih. Macam baju baju Adidas dengan baju pasar malam, orang sanggup beli adidas walaupun mahal.






---------
Donald J. Trump claim jenama TRUMP bernilai USD5 billion. Rasanya pada lepas aku penah buat entri pasal beliau kat sini.

Kalau kamu selalu baca buku dia, kamu akan tahu diverse busienss dan signature collection dengan jenama TRUMP. Trump ada keluarkan suit perniagaan Trump, air mineral Trump, coklat Trump, menara Trump, Hotel Trump, dan macam-macam lagi. Dia macam poyo sikit, tapi pandai. 

Sebab jenama TRUMP dah associates denga kemewahan, maka nama beliau selalu disewa untuk diletak pada bangunan. 
Satu kondo yang diletak nama TRUMP (eg: Trump Tower and Condominium) boleh dijual denga harga 30% lebih tinggi dari harga pasaran.


Kalau kamu rajin, kamu boleh ke laman web Trump Organisation kat sini. Aku paling berkenan dengan Trump National Golf Club sebenarnya. Heaven Sungguh. :-P






--------------
Jumpa iPhone tercicir (update)

barang yang paling mahal aku terjumpa adalah iPhone. Masa tu petang lepas solat jumaat, dan berjalan untuk ke kedai makan berhampiran masjid. Kereta jemaah yang masih kat masjid cuma tinggal kurang 10 buah saja. Tiada orang lalu lalang sebab panas terik.


Aku lalu ditepi salah sebuah kereta. Tiba tiba aku terjumpa satu iPhone tercicir, sebelah saja luar pintu depan driver. Aku tengok keliling, tak ada orang.

Peluang baik kalau nak ambik, dan masuk poket baju melayu.

Tapi aku tak tergamak nak ambik. Padahal tu barang jumpa, so tak ada masalah kalau ambik dan kelak serah pada tok imam (alasan klise). Tapi hati rasa tak tergamak. Last sekali aku tinggalkan saja.
Moga-moga iPhone tu ditangan tuan asalnya sekarang.

PS: Sampai asrama aku terfikir. Kenapa la aku tak ambik dulu.. ? ;-P


simple navigation

Followers