Subscribe:

August 31, 2011

KOSMO : Memori Merdeka Siti Rahmah








JARUM jam menunjukkan hampir pukul 3 petang. Sejak dari tengah hari, Siti Rahmah Kassim yang ketika itu berusia 29 tahun kelihatan sibuk menguruskan kehadiran ratusan peserta rombongan yang berkumpul di kawasan padang berhampiran pekan Rembau.

Biarpun agak keletihan, wanita itu tetap meneruskan tugas-tugasnya. Selaku penganjur, dia mahu semuanya berjalan lancar dan mengikut jadual yang ditetapkan.

Lapan buah bas yang ditempah khas juga sudah sedia di satu sudut. Kunjungan mereka ke Kuala Lumpur pada petang 30 Ogos 1957 itu bukan untuk bersuka ria, sebaliknya mahu menyaksikan satu peristiwa paling penting dalam sejarah negara.

Siti Rahmah sememangnya sudah lama menantikan tarikh keramat 31 Ogos 1957 itu. Perjuangannya bukan bemula sehari dua, tetapi sejak 1945 lagi melalui Persatuan Melayu Negeri Sembilan dan UMNO
.
Dalam ceramahnya, dia banyak memberi kesedaran kepada masyarakat khususnya golongan wanita tentang kepentingan perjuangan membebaskan Tanah Melayu daripada penjajah.

Kini berusia 86 tahun, dia merupakan orang pertama menyerahkan barangan kemas bagi membantu rombongan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ke London untuk menuntut kemerdekaan.






Liputan meluas
Kisah Siti Rahmah dipukul oleh ibunya sehingga bajunya berlumuran darah kerana memberi gelang perkahwinan pemberian ayahnya pada sebuah majlis yang berlangsung di Dewan Hang Tuah, Bandar Hilir Melaka juga mendapat liputan luas akhbar-akhbar di Tanah Melayu.

Lamunannya terhenti, tindakan sekumpulan peserta lelaki yang tiba-tiba turun dari bas menarik perhatiannya.

Rupa-rupanya, di dalam bas itu bukan sekadar peserta tetapi ada beberapa anggota polis cawangan khas British ditugaskan untuk menggagalkan rombongan berkenaan.

Mereka cuba menakut-nakutkan segelintir peserta bahawa orang putih akan menjatuhkan bom menggunakan kapal terbang ketika Tunku Abdul Rahman melaungkan merdeka di Stadium Merdeka.

Tidak hairanlah, ada peserta yang terpengaruh dan mahu pulang ke rumah, namun saya berjaya memujuk mereka kembali.


 Itu semua taktik jahat orang putih dalam usaha mengagalkan kemerdekaan negara,” cerita anak kelahiran Batu Hampar, Negeri Sembilan itu.

Selepas melalui perjalanan panjang dan berliku-liku, rombongan dari Rembau itu akhirnya tiba di Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur ketika malam menjelma.

Siti Rahmah berkata, ibu negara seakan-akan berubah wajah dengan kehadiran ribuan orang ramai dan kenderaan yang datang dari segenap pelosok tanah air.

Menjelang malam, suasana di sekitar Kuala Lumpur penuh meriah diterangi lampu jalan. Semua orang berpusu-pusu menuju ke Padang Kelab Selangor sambil membawa sepanduk dan bendera Persekutuan.

Bangunan Sultan Abdul Samad kelihatan begitu gah diterangi lampu- yang berwarna-warni. Di tengah-tengah padang terdapat tiga tiang bendera yang mengibarkan bendera UMNO di sebelah kanan, bendera Union Jack di tengah dan bendera Perikatan di sebelah kiri,” ujar bekas Ketua Pergerakan Kaum Ibu UMNO Bahagian Terentang (Rembau) itu.

Laungan Merdeka

Katanya, tepat pukul 11.55 malam, Tunku Abdul Rahman diiringi 30 ahli Perikatan bermotosikal dan polis pengiring pun tiba.

Ujarnya, Tunku telah disambut oleh Datuk Abdul Razak Hussein dan beberapa pemimpin daripada ketiga-tiga parti Perikatan yang mengiringinya ke pentas di tengah padang. Suasana yang sebelum itu riuh-rendah bertukar sunyi sepi, masing-masing tidak sabar menanti detik 12 malam yang menandakan tarikh kemerdekaan negara.

Tepat pukul 12 malam, jam di menara berbunyi. Secara spontan laungan Merdeka berkumandang daripada ribuan rakyat jelata yang memenuhi segenap penjuru padang,” jelasnya.

Ibu kepada enam cahaya mata itu berkata, saat yang tidak dapat dilupakan ialah ketika bendera Union Jack mula diturunkan dan lagu God Save The Queen dimainkan buat kali terakhir sebagai tanda berakhirnya pentadbiran British di Tanah Melayu.



Katanya, ketika itu air matanya mencurah-curah. Dia bagaikan tidak percaya Tanah Melayu akhirnya berjaya mencapai kemerdekaan selepas hampir 170 tahun dijajah British.

Pada malam itu juga, buat pertama kalinya lagu kebangsaan, Negaraku, diperdengarkan kepada umum. Ketika bendera Persekutuan Tanah Melayu yang kini lebih dikenali sebagai Jalur Gemilang dikibarkan, semua orang memberikan tabik hormat.

Saya lihat wajah Tunku begitu berseri-seri selepas upacara malam itu, begitu juga dengan wajah-wajah rakyat jelata yang hadir.

Masing-masing kelihatan begitu beremosi. Saya juga tidak terkecuali, ternyata perjuangan saya selama ini menyedarkan masyarakat tentang betapa pentingnya kemerdekaan telah berbalas,” ujarnya yang kini bergelar Datuk dan memegang jawatan Pengerusi Tetap Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Negeri Sembilan.

Episod kemerdekaan negara tidak terhenti begitu sahaja. Keesokannya, kira-kira 20,000 rakyat jelata berkumpul di Stadium Merdeka untuk menantikan pengisytiharan kemerdekaan negara secara rasmi.

Malam itu saya dan suami menginap di rumah seorang kenalan lama di ibu kota. Tepat pukul 5.30 pagi, kami sudah berada di pekarangan stadium sambil menantikan upacara bersejarah yang bakal diadakan.

Ketika itu terbit kebimbangan mengenai kisah serangan bom seperti didakwa oleh polis-polis cawangan khas British benar-benar terjadi, bagaimanapun dari mula hingga akhir majlis berjalan lancar,” jelasnya.

Menurut Siti Rahmah, upacara penuh simbolik di hadapan tetamu-tetamu kehormat seperti wakil kerajaan British dan wakil Raja-Raja Melayu jelas menandakan penjajahan British telah berakhir.

Di atas pentas, saya melihat Tunku begitu segak dengan pakaian berwarna hitam Muskat ketika membaca watikah kemerdekaan.

 Ia diikuti laungan kemerdekaan sebanyak tujuh kali.

Saat itu tiada kata-kata yang mampu diucapkan. Saya hanya mampu mengucapkan syukur kepada Allah di atas apa yang berlaku.

Biarpun negara kini telah mencapai kemerdekaan selama 54 tahun, tidak bermakna perjuangan saya telah selesai. Saya akan terus berjuang selagi hayat dikandung badan,” ujar serikandi terbilang itu.






Bacaan : KOSMO http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.aspy=2011&dt=0831
&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm

August 28, 2011

Caltex, BP, Shell, mana satu mau?





Pada 2004, BP Malaysia miliki 240 buah stesen minyak di seluruh Malaysia. Masa tu, saham BP Malaysia dimiliki 70% oleh BP Petroleum dan 30% Bostead Group.

Aku suka logo lama BP yang iconic. :)

Nama BP sebenarnya stand for British Petroleum, tapi tu dulu.

Pada 1998, British Petroleum bergabung dengan gergasi minyak Amerika, Amoco. Jadi nama British Petroleum tak lagi diguna sebab syarikat British dah bercantum dengan syarikat US, jadi tak boleh terlalu fanatik kenegerian. Nama kena antarabangsa. Oleh sebab nama BP lebih signifikan, jadi mereka mmutuskan untuk guna nama BP sebagai nama baru syarikat BP-Amoco

Jadinya walau mereka masih retain nama BP sekarang, tapi tak bawa apa apa maksud. Cuma sekadar jenama saja.




Kes di Malaysia pula, pada 2004 ada satu rundingan antara BP dan Bostead Group, milik Lembaga Tabung Amanah Tentera (LTAT). Masa tu Boestead pemilik 30% saham dalam BP Malaysia, dan BP Petroleum miliki baki 70% saham.

Dalam rundingan, LTAT mahu beli 70% baki kepentingan dalam BP Malaysia dari BP Petroleum. Pada 2005, deal hampir jadi kenyataan maka sekarang LTAT dah jadi pemilik 100% dalam BP Malaysia. :) Jadilah BP satu syarikat Malaysia penuh.

Sekarang LTAT menguasai 70% saham, manakala baki 30% lagi dimiliki oleh anak syarikatnya, Boestead Group.

Oleh sebab BP Petroleum tidak lagi ada saham dalam BP Malaysia, maka stesen BP dijenamakan, dan ditukar jadi BHP Petroleum. Warna stesen minyak pun dari hijau mula jadi oren..

Sekarang, BP Petroleum ada lagi kat Malaysia, tapi tak lagi join dalam jual minyak RON secara runcit. Mereka fokus pada jual minyak pelincir dan tenaga solar.

Aku pernah part time jadi atendan pam stesen caltex dulu.


Ada seorang cina datang beli diesel, dan isi RM30 dalam Hilux. Dia pandang atas, dan dia kata 'Eh ni Caltex ke? Awak isi kasi penuh tangki lah maa..” Aku pun isi sampai penuh. Aku tanya dia kenapa dengan Caltex?
Dia cakap, Caltex kurang guna bahan bakar. Enjin juga lebih bersih kalau pakai Caltex. Jimat. Maintainance kurang mey.

Orang cina memang teliti bab duit ni. Sebab tu aku tanya dia kenapa. Dan now aku tahu pakai Caltex boleh jimat penggunaan bahan bakar. Kalau orang melayu main bedal je jenama apa, asal kereta bergerak pun sudah cukup. Hahaha. :D

Disebabkan aku keja atentan pam minyak, jadi aku sangat biasa dengan Caltex with Techron ni. Bagi siapa yang tak tahu, semua petrol RON sama saja, yang membezakan adalah bahan additif yang dicampur dalamnya. Caltex kasi campur Techron, Petronas dgn Primax, Shell, BP semua hampir sama.

Masa aku layari internet, aku jumpa satu kes. Shell vs Caltex.

Masa tu Caltex baru saja perkenalkan TECHRON, satu additive yang boleh bersihkan enjin dan buat proses pembakaran lagi baik. TECHRON ni dibuat dari formula paten, campuran gasolin dan 440ppm Polyetheramnie.


Mereka claim penggunaan Caltex dengan Techron boleh jimatkan bahan bakar, dan bersihkan enjin dari deposit daki pada enjin. Bila Shell tahu tentang claim ni, mereka marah dan cuba saman Caltex di Mahkamah.

Jadi mahkamah upah pihak ketiga (Third Party) untuk jalankan ujian bebas tentang claim keupayaan Techron ni.

Keputusan, Caltex menang. Memang terbukti Caltex boleh bersihkan enjin dengan Techron.

Disebabkan bidang petroleum adalah bidang strategik negara, jadii keputusan mahkamah diminta tidak diheboh pada umum. Cuma diam saja, dan jadi cakap cakap mulut saja. Aapa sekallipun, tepulang lah pada diri sendiri mau fuel yang mana satu. Aku suka Petronas, haha. Patrotik beb. :D








Rujukan 

August 25, 2011

Bayar zakah pakai sms CELCOM

 

 

Kalau sebelum ini, aku tak ada sumber duit dan bawah

tanggungan, tapi raya kali ni aku mula bayarnya sendiri hasil part

time. :)

 

Jadi mula awal Ramadan, saya pun mula rajinkan diri browsing

beberapa laman web yang info zakat fitrah. Heheh.

 

My cousin (Blogger Mr Ix) ada tulis satu entri pasal bayar zakah pakai

SMS untuk pengguna CELCOM. Entri dia boleh dirujuk kat sini, satu

entri yang bagus.

 

Bila baca entri dia aku teruja nak cuba sendiri, jadi aku cepat

pergi kedai dan beli topup RM10 celcom. Duit zakah akan ditolak dari

kredit ni lah.

Jumlahnya berbeza ikut negeri.

 

 

TURUTAN SMS

Berikut adalah turutan SMS dan prosedur sepanjang bayaran zakat

guna SMS. Aku bayar pada malam tadi, 25 Aug 2011. Mungkin

berguna untuk rujukan.

 

1. Taip FITRAH dan hantar ke 21999

fitrah

 

2. Untuk Pembayaran zakat fitrah bagi tahun 2011/1432H. Sila pilih

    A. Selangor B. Melaka C. Kedah D. Perlis E. Terengganu F. Pahang

    G. Sabah.

    Contoh, taip A untuk Selangor.

    (Aku reply ‘E’)

 

3. Kadar zakat  fitrah untuk negeri Terengganu pd tahun ini adalah

   E1: RM5

   E2: RM7

   E3: RM8

   Sila balas E1, E2 atau E3 untuk langkah seterusnya.

  (Aku reply ‘E3’ - tak pasti sebenarnya..)

 

4. Sila hantar <NAMA>, <No. KP><Bilangan Orang>.

   Cth Muhammad bin ALi, 720817115191,3

  (Aku reply sebagaimana yang dia minta. Ini untuk pengeluaran

   resit sebenarnya)

 

5. Maklumat yang anda berikan adalah ASRUL AFENDI HUSSIN,

   88080411XXXX, 1. Untuk pengesahan, sila balas BETUL/SALAH.

   Cth : Betul

   (Reply : BETUL)

 

6. Ini wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib keatas diri

    tanggungan/wakil sebanyak RM8 pada tahun ini karena Allah Taala.

    Sila balas dengan YA/TIDAK

    (Reply YA)

 

7. Semuga Alloh memberi ganjaran pd apa yang kamu berikan dan

    membarokahi apa apa yang masih ada pada kamu. Moga

   pemberian mu itu adalah penyucian dan pembersihan keatas

   dirimu.

8. No resit 0000055608-1. Terima Kasih, transaksi berjaya. Sila

   simpan SMS ni untuk rujukan Zakat Terengganu. Rujuk

    http://mfitrah.celcom.net.my untuk resit rasmi.

 

 

 

 

Apa sekalipun, aku lagi suka jumpa amil utuk bayaran zakat, sebab

boleh betukar tukar pendapat dan bercerita. Sebab amil ni biasanya

golongan tok imam, jadi mereka suka bercerita sangat.

 

SMS Celcom MFitrah ni berguna kalau kita betul betul tak sempat, atau

terlewat.

Mungkin boleh cuba sendiri.

August 24, 2011

Friend dan Unfriend, Facebook






Dulu kawan facebook aku ramai, mau mencecah 500 orang juga. Masa tu, aku main add saja siapa yang sudi jadi kawan, sebab salah satu niat aku masa tu adalah untuk tambah networking.

Kononnya sebab mau tambah network lah kot. *wink

Paling banyak adalah rangkaian dalam kampus, junior dan senior.
.
Tidak ketinggalan juga facebook girls cantik-cantik tak terlepas juga, ada saja tangan gatal mau add. Haha. :P

Univ aku masih baru dan kecik, masa tu student kurang dari 1000 orang.
Boleh kata separuh dah jadi kawan talian.

Then aku realize yang aku telah bazirkan telalu banyak masa dengan facebook.

Makin banyak kawan, makin banyak notification yang kena baca. Kadang kadang benda tak penting pun dah terbaca juga. Dah banyak masa terbuang sebab baca post yang tak berkaitan.
What a waste.

Walaupun satu kampus, tapi tak pernah tegur pun dalam real life.
Cuma kawan di FB sebab ramai mutual friends.




Jadi Januari lepas aku remove besar besaran. Cuma tinggal classmate dan orang yang tertentu saja. Bukan apa, tapi sebab nak elak dari baca benda yang tak berkaitan.

Dan masa tu juga mungkin aku silap remove beberapa orang kawan yang penting.
Bila aku perasan yang aku tersilap, aku cuba add balik mereka. Tapi ada kawan 'merajuk' tak nak approve aku punya re-request.

Dalam hati ada jugak rasa bersalah weh. *Huhuh.

Maybe ada yang merasa terhina bila di remove dalam facebook. Bagi yang ego kuat macam tu lah. Takkan approve balik dah. Aku dalam rasa bersalah diam saja lah.








UNFRIEND FINDER

Apa sekalipon, ade satu srip (script) yang boleh taruk dalam Chrome Google, untuk tau sapa yang remove kita.

Ia dinamakan UNFRIEND FINDER, jadi kita boleh tahu siapa yang remove kita selama ni. Termasuk lah orang yang tidak lagi berada dalam Friendlist kita oleh sebab akaun deactivate.

Boleh download script tu kat sini. Saiznya kurang 1Mb. Boleh diguna pada Linux juga. Aku gunakan pada Google Chroem, berfungsi bagus.





Tutorial ini agak mudah.

1. Buka Browser Chrome seperti biasa
2. Klik sini untuk download script
3. Anda semua akan dapat website seperti gambar berikut:




4. Klik butang 'Install'
5. Google chrome anda akan kelihatan seperti berikut :



Klik Continue
6. Google Chrome anda akan keluar gambar seperti :







Klik butang 'Install'
7. Refresh Facebook anda dengan menekan butang F5
  Anda akan dapati facebook anda kini memiliki tab baru.



8. Apabila anda klik 'Unfriend', anda akan dapat lihat siapa yang remove anda dan pending request. 

Naah, boleh lah explore. :D











August 22, 2011

Central Buying




Supermarket Piggy Wiggly, Pasar Raya layan diri pertama dunia




Semua orang tahu, kalau kita beli pukal, kita akan dapat harga lagi murah. Sebabnya, pembekal barangan boleh bertolak ansur dengan profit bakal dia dapat.


Sifirnya mudah.


BANYAK = MURAH

Lagipun, pembekal suka cara ni sebab boleh jimatkan kos overhead dan lain-lain berkaitan. 

Jadi supermaket macam Mydin dan Walmart akan beli satu bundle barang then simpan dalam satu gudang besar(warehouse). Sebab tu mereka boleh jual murah. 


Tambah pulak mereka ada modal besar, jadi takda masalah nak sewa warehouse, urusan logistik, import barangan dan urusan HRM (tenaga buruh). Supermarket besar ada organisasi tersusun lah.






Tapi kasihan juga la peruncit kecil.

Peruncit kecil modal kecil, kalau beli banyak nanti takda tempat simpanan pulak. 


Nak sewa gudang mustahil, sebab kedai runcit ni cuma serve pada komuniti dan kawasan perumahan saja. Jadi kalau beli pukal, merugikan sebab masa turnover stok tu lama.

Stock Turnover ni, maksud dia pusingan stok barang. Misalnya satu kotak milo 24 paket, kalau di kedai runcit laku dijual dalam masa 10 hari. Jadi, hari ke-8 tu dah boleh order stok lain.

Jadi kesimpulan, peruncit kecil kena jual mahal sebab mereka ada banyak kos untuk ditampung. Kata kuncinya, peruncit kecil ni tak ada kuasa untuk beli secara pukal.





Mungkin bagus kalau peruncit malaysia ni bangunkan satu syarikat Persatuan Peruncit (Cooperative Retailers), dan setup jenama sendiri


Syarikat yang dimiliki koperasi boleh beli barang secara borong dari pembekal, dan jual pada harga diskaun pada ahli. 


Ahli pula boleh franchais pakai jenama Cooperative Retailers, tapi masih ada autoriti untuk pengurusan.

Dengan cara ni, jadi peruncit kecil dapat beli barangan dengan harga lebih murah kalau beli dengan koperasi, berbanding beli dengan Trader.  Sebab koperasi sendiri dah jimatkan banyak kos sebab beli terus dengan kilang. 


Koperasi sendiri tak perlu warehouse yang cantik pun, gudang biasa pun ok sebab mau minimum penggunaan kos storage.

Koperasi boleh beroperasi sebagai Central Buying dan bantu kos promosi anak buah. Sebagai pembeli pukal, mereka ada kuasa beli yang lebih tinggi dan boleh push pembekal untuk menurunkan harga.


Macam yang Foodstuff dan TrueValue buat.


Wikipedia menerangkan idea ni dengan lebih baik.
 http://en.wikipedia.org/wiki/Retailers%27_cooperative







Bacaan Tambahan
1. Fishman, C. (2008) The Wal-Mart Effect – How the World's Most Powerful Company Really Works.
2. Brunn D.S (2006) Wal-Mart World – The World Biggest Corporation

August 18, 2011

Dato Seri S Samy Vellu





Masa aku sekolah rendah dulu, malaysia masih lagi ditadbir oleh kabinet Dr Mahathir. Ada beberapa menteri 'super' yang aku ingat sampai sekarang.

Antaranya, Datuk Seri Rafidah Aziz menteri perdagangan antarabangsa, Dato' Seri Ling Liong Sik menteri pengangkutan, DS S Samy Vellu, Menteri Kerjaraya, Tun Daim, DS Muhyiddin Yassin, DS Anwar Ibrahim dan DS Najib.

Menteri lain hebat juga, tapi nama mereka suam suam kuku saja.

Menteri hardcore yang aku list kat atas ni, maksudnya menteri yang memang beri pengaruh besar dan masuk berita hari-hari.





Politik zaman sebelum tahun 2000 memang penuh warna warni. :)

BTW, aku paling suka Dato' Seri Samy Vellu, sebab life penuh warna warni. :D

Nama penuh DS Samy Vellu adalah Samy Vellu Sangalimuthu, lahir tahun 1938, dan anak penoreh getah dari Kluang, Johor. Ibu bapanya adalah imigran dari India. (?) Beliau pernah bekerja sebagai pembantu restoran, konduktor bas, dan pembantu arkitek.


Add caption


Disebabkan kerajinan, beliau akhirnya berjaya menjadi seorang arkitek bertauliah. Ini macam magis dikalangan masyarakat India masa tu.

Masa tu, sekitar 70-an masyarakat ladang India masih dibelenggu sistem kasta. Jadi, anak seorang penoreh yang jadi chartered architect ramai tidak percaya.

Sejak peristiwa tu masyarakat ladang India mula terinspirasi, dan mula memajukan diri dengan potensi pendidikan.

Beliau menang kerusi pertama pada 1972. Beliau menerima tauliah arkitek pada 1973. Pada 1979, beliau dapat jadi Menteri Kerja Raya penuh.

Yang aku tahu, DS Samy memang seoarang patriot. Beliau cuba guna BM untuk jawab soalan wartawan. Walaupun BM dia lintang pukang. :D





Ada rumor kata beliau pernah jadi selebriti RTM. Aku lupa sumber. Haha. Memang ramai sukakan beliau.

Apa sekalipun, aku rasa era politik zaman tu memang sangat meriah. Pembangkang nak menonjolkan diri pun takda lubang. Aura pemimpin BN masa tu memang bersinar terang semua. Ini baru dinamakan kaliber.

Kini BN begantung pada aura Najib 1Malaysia dengan Muhyidin saja.
So sad.






UPDATE : Samy Vellu Jokes :)
Macam entri diatas, Dato' Seri Samy Vellu adalah menteri yang paling colourful. Disebabkan itu, banyak sekali quote yang dari beliau. 
Bila dia berkata, semua orang akan terpinga-pinga. Dan kemudian akan senyum meleret. 
1) On Pos Laju

“BESOK KIRIM, HARI INI SAMPAI”

2) The one on TV when in trying to say he was ashamed,
he said:`Kemaluan saya besar` (kemaluan means your private parts, lah! )

3) On drugs, “Jangan hisap dada” (dada means breasts)

4) SV said in a ceramah “Kita akan bina satu
jambatan untuk orong-orong kampong disini”, one pakcik
asked, “Datuk, sini takde sungai,buat apa bina
jambatan?” and SV glorious replied,”Kalau takde
sungai, kita bina sungai!”

5) SV’s favorite quote on national television “Toll
naik sikit, manyak marah saya. You ingat semua ini
toll saya punya bapa punya kah!”

6) During the water shortage crisis : “semua orang
diminta jgn membuang aiyerr..!” (membuang air means to wee-wee, what he wanted to say was membazir air)

7) During blood donation campaign in Sg Siput:
“..marilah kita semua menderma dara..” (dara = virgin)

8 ) During the opening speech of various function:
“…selamat datang saudara-mara semua..” (actually is
“saudara-saudari”)

9) At an opening ceremony: “mempersilakan Datin Paduka
Rafidah Aziz naik ke pentas utk membuka kain” (this one is famous already)

10)Commenting about his modesty: “sebenarnya, kemaluan
saya sangat-sangat besar”











Credit : Afzainizam & Sabah Forum http://www.sabahforum.com/forum/jokes-funny-stories/topic25426.html

simple navigation

Followers