Subscribe:

September 20, 2011

MP Manoharan mahu tukar bendera malaysia







Ada ahli parlimen mahu tukar bendera malaysia, alasan dia sebab bendera ni terlalu BN. Hehe. Pasal bendera kebangsaan pun mahu politik ka, tuan Manoharan? :)

Ada satu lagi sikit tak cerdik dia. Dia bilang bendera Malaysia tiru bendera USA. Copycat bulat bulat bendera USA. Hehe. Mana ada copycat bro. Kalau Mamat ni jenis baca buku mesti dia malu sendiri. Haha. :D



Evolusi Bendera EIC (East India TradingCompany, atau SHTI) (kiri)
dan bendera Jalur Gemilang.



Jalur Gemilang ni lebih influence sama bendera lama British East India Trading Company (1600-1874) sebenarnya. EIC atau kita panggil Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) masa sekolah menengah dulu adalah syarikat royal chatrtered, yang jaga keamanan bumi melayu dulu sebelum diambilalih Inggeris. Orang baca buku teks form2 mesti tahu benda ni.

Entah-entah bendera US yang copy dari bendera EIC ni. USA pun koloni British gak dulu.




Salah satu aku tak senang dengan geng opposition adalah sebab takda semangat patriotism. Dalam muktamar/ijtimak PAS jarang betul yang mahu kibar bendera kebangsaan. Apeda. Yang banyak bendera hijau saja. Aku tahu sebab aku biasa juga dengan suasana ijtimak/muktamar PAS ni, sebab selalu juga dia buat kat tempat aku.

Aku takda masalah sebab ni citarasa masing masing, tapi bila ada impian nak pegang kuasa kebangsaan, mesti lah kena terapkan unsur patritism. Tengok macam UMNO. Sebelah bendera UMNO mesti ada Jalur Gemilang.

Macam PKR bijak pula, banyak dia taruk berndera bendera kat webpage, mesyuarat atau mana mana lah. Mudah nak tengok jalur gemilang sebelah bendera PKR. Sebab tu mereka voleh menang banyak kerusi 31 seat dalam PRU'08. Sebab rakyat yakin.

Bendera Kuala Lumpur. AKu cadang jadi bendera baru
Malaysia kalau cadangan au tukar bendera tu serius. Nama JALUR GEMILANG boleh dikekalkan.


Ada jokes, sebab orang Somalia tembak wartawan Malaysia adalah sebab bendera Malaysia serupa dengan bendera USA.

Rumor ni ada asas, sebab memang betul orang Somalia asing dengan nama Malaysia. Malaysia tak ada pengaruh pun. Memang kita tak ada influence langsung pada Somalia. Kecuali pengaman Malaysia under panji PBB pada 1992, di Mogadishu.

Jadi, kalau betul naktukar, aku cadang ambik bendera Wilayah Kuala Lumpur. Cantik bendera KL, dan ada elemen semua bendera asal Malaysia dalam dia. Kalau mahu tukar bendera pun bukan suatu yang baru, sebab tahun 2006 pun Terengganu pun mahu tukar bendera.

Bendera Terengganu hitam-putih, jadi MB Idris Jusoh masa tu nak tukar imej negeri pada imej lain yang lebih fresh dan penuh tenaga, dengan add some spice pada bendera. Syarat untuk contest cipta bendera baru Terengganu masa tu adalah 3 warna, tak kisah warna apa. Warna hitam putih memang suram dan lesu, aku pun harap bendera tERengganu ditukar, pada yang lebih bertenaga. Tapi malangnya dibatalkan, sebab kata bantahan keluarga diRaja. Kacau daun betol. Huhuh.


Bendera baru Libya. Bendera lama Libya adalah warna hijau keseluruhannya, bendera rejim Kaddafi. 




Apa sekali pun, ini bendera Libya yang baru. Macam bendera Terengganu kan? Hahaha. 












September 18, 2011

Santai tani.



Masa kecik aku suka juga tanam pokok, tapi tak pernah hidup, kali ni aku cuba sekali lagi, benih dari blogger tanamsendiri, Ogos lepas beberapa hari sebelum raya benih sampai, Tuan Iskandar (blogger Tanamsendiri) agih secara percuma, bagi siapa yang mahu bertanam untuk hobi, ini bagus betul.. :)

Benih tu sampai pada hari ketiga kot. Ini rupa benihnya. 

Benih  Kobis CIna Ong King, Sayur Putih, Baka F1 202.
Kredit foto :Izhamwong.blogspot.com



Dan ini hasilnya selepas hari ke-5..




Dah tumbuh kira kira 5 cm. Nanti kena pindah sebab takut mati. 





Aku taktau pekembangan seterujsnya sebab aku balik kampus. Tapi harap harap lah bila aku balik nanti dapat makan hasil. Hehehe.



PS Bagi siapa yang berminat untuk beli benih, boleh kunjungi TanamSendiri.com




Bacaan Tambahan
1.TanamSendiri : Benih untuk diagihkan 
2. Biji benih dari perantauan




September 17, 2011

Kasihan Betul.




Kesian juga pakcik Jenain ni. Kena pula masuk jail 5 tahun. Semuanya gara gara budak nakal arwah aminurrashid. Budak nakal curi kereta kakak dan keluar malam. Dah keadaan mencurigakan mesti la kena tembak, sapa suruh nakal sangat.

Aku simpati pada pakcik jenain ni sebenarnya. Apa laa nasib pakcik.

Keja polis ni bahaya, risiko, kena bekorban. Dalam keadaan ternampak sebuah kereta iswara dalam waktu malam, tak behenti bila ditanya, kalau aku jadi polis pun aku akan tembak. Mana tau penjenayah mana yang baru balik merompak.

Cuma disini peguam aminurrashid bijak, dan dia cuba bangkitkan sebab apa pakcik jenain tembak sampai 21 das peluru, dan dikira melampau, dan tak pula mahu sebut pasal kenakalan si arwah. Memang tak ada alasan lah kenapa tembak 21 das, tapi bagi aku ini semuanya naluri manusia, macam kamu jumpa seekor harimau kena tikam, selagi tak nampak hancur selagi tu dalam hati akan rasa seolah olah harimau tu akan hidup balik, perasaan scared itu susah nak buang beb.

Apa sekalipun, semoga keluarga PakCik Jenain besabar, dan arwah aminurrashid masuk syurga dan ditempatkan dikalangan orang terima rahmah allah.



Rujukan KOSMO: Koperal tembak mati remaja dijel : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0916&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm






September 8, 2011

Friendster baru pon dah makin pelik....







Kalau dulu memang semua orang pun ada akaun Friendster (FS) sebab ia sangat popular, sama macam akaun Facebook (FB) sekarang.

Bagi sapa yang tak tau, Friendster.com ni satu laman social networking yang serupa Facebook.com. Ciri ciri FB banyak dari Friendster, macam view profail, album gambar, list kawan dan kumpulan. Cuma beza dari segi tag gambar dan chat saja.

Tak jauh beza pun dua ni. Tapi sejak muncul Facebook, Friendster ni dah kalah teruk. Ramai pindah masuk Facebook, termasuk lah aku. Haha.






Google Inside for search: Friendster

Semakin menurun!

Minat sesebuah negara : Malaysia 79 %
Berdasar entri AIE tahun 2009



Dan kalau ikut graf (ini graf 2009 punya) pageview FS punya dah exponental. Rangking Alexa pun jatuh teruk.

Jadi, pada 2009 sebuah syarikat milik Tan Sri Vincent Tan (Berjaya Group) beli kepentingan dalan Friendter, bawah proksi MOL Global dengan harga USD 26.4m.

Jadi Friendster pun jadi sebuah syarikat malaysia bermula saat itu.

Masa tu Friendster dah alami zaman kejatuhan, dan tak ramai lagi orang dalam tu. Jadi, MOL sebagai owner baru cuba bereksperimen dengan tukar portal social networking (SN) kepada Games Networking (GN).

Kleiner Perkins pun sokong usaha ni.

Beberapa bulan lepas aku ada terima emeil amaran dari Friendster, mereka akan ubah konsep dari SN kepada GN, dan suruh pindah semua maklumat berharga dan gambar dalam tu. Semua gambar dan maklumat peribadi akan dilupus lepas 31 Mei 2011.

Tapi aku abaikan saja amaran tu.
Last sekali, beberapa minggu lepas aku buka Friendster, aku rasa macam nak menangis je. Huhuhuh. Hilang semua memori selaama 4 tahun dalam tu. Semua kena padam, tmasuk contact, mesej, gambar.

Mana mau cari ganti lagi. Huhu



Ramai orang hairan kenapa MOL Global mahu juga beli Friendster walau tak mungkin dapat bersaing dengan FB dan MySpace?

MOL Global beli dengan harga USD26.4m , macam takleh balik modal saja.

Tapi salah.
Sebabnya MOL Global ade pegang beberapa patern dan harta Intelek milik Friendster. Nilai patent harta intelek ni nilai jauh lagi besar dari USD 26.4m.

Paten yang Friendster miliki ni merujuk pada "system, method, and apparatus for connecting users in an online computer system based on their relationships within social networks."

Penyataan ni sangat umum, tapi ia adalah satu konsep umum yang hampir semua social networking pakai.Jadi semua social networking website pun kena bayar royalti pada Friendster selagi mereka masih pakai konsep ni.

Bijak sungguh. Huhuh.














P/S Facebook pun aku rasa tak mampu bertahan untuk 10 tahun lagi. 
Bacaan Tambahan

September 5, 2011

KFC dan Curi Sos Tomato







Sekarang ni tiap kali aku pegi KFC aku perasan maana mana cawangan pun dah tak pakai botol sos. KFC sekarang dah pakai tuang sos dari mesin, dengan mangkuk plastik kecil mangkuk sos.

Sapa yang nak sos boleh pegi meja sos dan ambik sendiri. 

Boleh ambik sebanyak mana yang mau tapi kalau ulang alik bangun dari meja makan pegi meja sos kadang kadang tebal muka juga. hehe. Maksimum dua kali ja bangkit dari meja dan ambik sos sebab malu.

Mangkuk sos dia pula kecil. Satu mangkuk kecil sos mane cukup nak wat makan dengan set Diner Plate KFC. 

Nak makan set lain tak kenyang pulak, perut makin hari makin besar..


KFC Kuala Berang



Kalau dulu KFC masih lagi pakai botol sos. Masa aku masih kecik dulu, rasanya restoran KFC pakai sos Maggi.

Kemudian tukar pada sos KIMBALL, dan sekarang dah tukar sos LIFE.

Manufacturer sos LIFE ni adalah anak syarikat KFC Holding sendiri. Maybe sebab dia nak support upstream sendiri jadi restoran KFC wajib beli sos keluaran anak syarikat sendiri.








KFC Malaysia (KLSE:5492) boleh dikira antara paling berjaya di dunia. Dalam Economic Times dulu ada keluar statistic prestasi master franchaisee KFC dunia, Jadi KFC Malaysia catat revenue tertinggi di dunia, mengalahkan KFC USA sana. Ada 7 master franchaisee KFC 'super' dalam dunia, dua darinya dari Malaysia iaitu QSR Brands dan Kulim (M) Bhd. Ini sebab masa tu KFC dipegang saham oleh QSR Brands separuh dan Kulim (M) Bhd separuh. Tapi dua syarikat ni anak beranak sebenarnya sebab QSR subsidiari pada Kulim, jadi boleh la dikira satu syarikat.

Sekarang tak tahu la prestasi KFC Malaysia sebab ada konflik pengurusan hutang sampai nak jual KFC, dan ada yang protes sampai l;etak jawatan. 

Maybe makin bagus atau makin jatuh. Tapi aku rasa makin bagus.





Aku suka KFC berbanding McDonald sebab ayam dia besar. hehe. Makan dua ketul pun dah kenyang.

Tapi aku dengar KFC Singapura ayam dia saiz kecil, betul ke? Sebab ada regulation pasal kesihatan, mereka tak kasi buat ayam saiz besar pasal concern pasal kolestrol.





Aku ada satu pesoalan. Kalau kita beli set KFC (cth Kombo atau Diner Plate), then tapau, then kita baham sebotol sos kat meja tu bawa keluar retoran kira mencuri ke tidak? Sebab botol sos kat meja tu memang khas untuk pembeli kan?

Aku ada pengalaman. Masa tu aku di Kota Bharu dan beli satu set KFC. Disebab cashier tak kasi sos paket, jadi aku pun bedal sebotol sos Tomato kat atas meja dan bawa keluar restoran dengan muka selamba. Ada sepasang Mat Saleh tengok aku pelik je. Huhuh. Agaknya tindakan aku curi sos tu kira unethical dan pelik ke. Anak dia (7 dan 8 tahun) pun tengok sama.

Aku rasa malu juga kat Mat Saleh tu. Tapi bila dah masuk plastik takkan nak patah balik masuk restoran dan letak balik sos Tomato tu atas meja. Hehehe..

Sekarang tak leh wat gitu dah weh. :P








Bacaan Tambahan

KFC Holdings Annual Report 2009 dan 2010

simple navigation

Followers