Era silikon (bermula pembukaan Silicon Valley di Calif) ia boleh dibagikan kepada dua zaman. Zaman first booming dan zaman second booming. Dua-dua zaman ni ade kaitan dengan kod etika berpakaian.
Kalau zaman sekolah dulu, orang skema selalu pakai kemas, dan orang jahat selalu pakai selekeh. Tapi lepas zaman second booming, benda tu tak releven lagi.
Kalau zaman sekolah dulu, orang skema selalu pakai kemas, dan orang jahat selalu pakai selekeh. Tapi lepas zaman second booming, benda tu tak releven lagi.
Zaman first booming dikira masa Universiti Stanford dan California-Berkeley mula setup idea based-knowledge economy, dan syarikat gergasi elektronik macam Intel, IBM dan HelweetPackard mula setup kompeni mereka di Palo Alto, Lembah Silicon.
Ia start awal 1930-an, tapi booming pada akhir 1960 bila investor mula buka mata apa mereka buat dalam SV sana. Antara company yang termasuk dalam kelompok ni, antaranya Eastman Kodak, Microsoft, IBM, HelwetPackard, Compaq, Intel, etc. Banyak lagi, ni contoh saja.
Kodak bukan company SV, tapi boleh kira dalam group ni sebab based penyelidikan.
Zaman Second booming, bila zaman internet mula jadi terbuka pada orang ramai dan meluas. Jadi muncul syarikat baru macam Yahoo, Napster, Facebook, eBay, PayPal semua tu. Maybe kita boleh cakap timing dia bermula lepas dotcom crash, tahun 2000 kot..
Beza dua zaman ni, majoriti staff dalam syarikat tua (Kodak, IBM, HelweetPackard, etc) mereka kena formal bila masuk pejabat. Pekerja kena pakai kasut kulit, baju blazer, kemeja dan tali leher masa bekerja. Ada protokol dalam etika kerja untuk syarikat tua macam IBM ni.
Booming kedua pula (syarikat muda mcm Yahoo, Facebook, eBay) mereka lebih bebas bepakaian. Pekerja mau pakai T-Shirt dengan Jeans pun OK kalau nak masuk pejabat. Nak pakai selipar Jepun dalam pejabat pun OK, boleh buat macam ada dalam rumah sendiri. Cuma kena pakai nametag saja..
Aku lebih suka stail booming kedua. Memudahkan.Protokol ni bunuh kreativiti sebenarnya. huhu
---------------
Cerita pasal Silicon Valley, minggu lepas aku ikut satu program 'Silicon Valley comes to Malaysia' SVCM anjuran StartupMalaysia. Target utama program mahu pada usahawan IT dan bisnessman yang ada idea, dan mahu cari link dengan usahawan Silicon Valley.
Tapi aku ikut juga masuk menyibuk, sebab nama besar yang kasi speech.
Peserta dalam 1200 orang kot. Ramai, penuh satu ballroom. Program ni buat kat Mandarin Oriental Hotel, bangunan menara hotel ni lokasi dia antara KLCC (tower) dengan KLCC (convention centre), hotel 5 bintang. Senang la nak lepak KLCC kalau boring dengar speech.
List usahawan SV yang join, macam Shawn Fanning (Napster), Jawed Karem (YouTube), Jonah Kjellberg(Skype), Mark Hoffman (Priceline, PayPal) Christina A.Brodbeck (YouTube UI), Naval Lavican (Twitter, AngelList, FourSquare), Konstantin Guericke (LinkedIn), Steve Koskie, Will.I.Am black eyed peas (DipDive), Henrik Scheel (SPUTNIK).
Usahawan Malaysia pulak, CEO Groupon, Ganesh Kumar (CEO Friendster), CEO GreenPacket etc..
Pendek kata semua orang hebat hebat lah.
Dengar rumour, Mark Zuckerberg kot jadi salah seorang speecher, tapi beliau takleh datang sebab dia pegang dual passport Israel jadi tak dialu-alukan masuk Malaysia.
Dengar rumour, Mark Zuckerberg kot jadi salah seorang speecher, tapi beliau takleh datang sebab dia pegang dual passport Israel jadi tak dialu-alukan masuk Malaysia.
StartupIdea ni satu program untuk cari idea bernas yang ade potensi untuk dibangunkan, dengan network orang Silicon Valley.
Jadi, usahawan Malaysia yang ada idea, contohnya bangunkan satu sistem antivirus yang baru boleh contact terus dengan usahawan SV yang datang. Kalu idea tu bagus, usahawan SV akan bawa idea tu masuk tempat mereka, dan bantu kembangkan.
Bacaan Tambahan:
1. Peter W. Bernstein & Annalyn Swan (2007) All the money in the World, How the FORBES 400 make and spend their fortunes
2. Move West, Young Man!









