Subscribe:

November 24, 2011

Guinness Anchor Bhd



Pada zaman awal kemerdekaan, Malaysia sangat miskin dan papa kedana. Tambah pula, negara masih tak stabil sebab ancaman komunis.

Jadi masa tu Tunku Abdul Rahman telah buka satu polisi ekonomi, dimana sapa saja yang minat melabur dalam Malaysia akan diberi keistimewaan. Keutamaan masa tu adalah untuk beri kerja pada rakyat. Jadi, masa tu lah Genting Kasino diberi lesen untuk beroperasi di Malaysia. Walaupun dengan berat hati.









Cerita pasal beer stout pula. Lama dulu, dah ada syarikat beer yang beroperasi di Tanah Melayu sejak 1931. Namanya Malayan Breweries Co, yang keluarkan beer jenama Tiger. Syarikat ni kemudian ditukar nama jadi Asia Pasific Breweries (APB), dan disenarai dalam Bursa Singapura SGX sampai sekarang terus bekembang sampai ada 120 jenama dengan 43 pusat pemeraman (breweries).

Tiger Beer yang sangat popular tu keluaran Asia Pasific Breweries. AFF TigerCup pula dinamakan sempena beer jenama Tiger Beer ni. AsiaPasificBreweries dan satu syarikat brewery dari London, Diageo bentuk satu jointventure, dengan setiap sorang pegang 50% stok dalam GABL Pte Ltd. 







GABL Pte Ltd ni adalah pemegang 51% saham dalam Guinness Anchor Berhad Malaysia, dan baki 49% lagi oleh orang awam.

Produk beer stout ni cukai dia tinggi. Kalau macam atas sebotol Guinness tu, jumlah tax campur kastam mungkin cecah sampai 54.45% dari harga keseluruhan. Ni based data analisis group revenue, untuk tahun kewangan berakhir Jun 2011.

 Tapi mahal pun tetap orang beli juga, macam rokok la. 



Dato Syed Salleh Syed Othman, Board of Director GAB

------------------

Oh. Satu lagi aku ada check juga tentang sapa lembaga pengarah Guinness Anchor Bhd aka GAB Malaysia ni. Ada seorang Malay dalam BOD dia, nama dia Dato' Syed Salleh Syed Othman. 

Maybe tanggungjawab beliau untuk nasihat dan guide ahli lembaga pengarah lain, tentang macam mana GAB boleh handle orang Melayu dari aspek agama dan persepsi, contohnya macam tak boleh iklan dalam surat khabar melayu, atau sebagainya.


Jadi, bila orang tanya... bagi aku no problem orang Islam dalam lembaga pengarah syarikat tak lulus Syariah, macam Kasino dan Arak Judi. Sebab fungsi orang tu lebih pada menasihati majlis lembaga pengarah macam mana nak jaga kepentingan orang Islam sendiri.






Dalam nak jual beer ni pulak, nak tunjukkan Guinness-Anchor Berhad (GAB) sebuah company yang ada koporat sosial jadi mereka keluarkan satu kod marketing praktis.


Ada 10 kod ni, antaranya pledge mereka adalah cuba sedaya upaya takkan kait kan orang Islam dalam iklan alkohol, tidak boleh mengaitkan party sosial dengan alkohol, menaikkan had umur cadangan dari 18 kepada 25 tahun dan tak galakkan minum beer berlebihan. Kod ni mereka pegang, dan jadi asas marketing mereka.


Dalam gambar ads mereka (gambar bawah), kita boleh tengok beza iklan sebelum kod dan iklan selepas kod. Sebelum kod, iklan mereka banyak seksi dan kaitkan dengan happiness, tapi lepas kod praktis, mereka marketkan beer mereka just as a ordinary drink. Nothing much. 


Iklan lebih simple, tapi lebih berjaya. Sebab tu untung lepas cukai mereka naik sampai RM181.4 mil tahun 2011, bebanding cuma RM78 juta tahun 2002. 

Pebezaan poster dulu dan sekarang.Dulu iklan GAB lebih bermotif sex, sekarang tak lagi

P/S: Aku tengah cari tempat internship sekarang. Errr...Boleh ke tak.. internship tempat gini eh? :D 














Annual Repot Guinness Anchor Berhad http://www.gab.com.my/investor/annual.asp




Devians




Aku cenderung pada politicians yang 'devians' kalau becerita bab politik. Devians ni maksudnya seseorang yang cenderung becanggah dari norma. Bercanggah dari norma, tak semestinya benda buruk, kadang kadang bawa kebaikan juga.



Ada istilah lain yang lebih baik, istilah Maverick. Maksud dia Unortodoks.

Istilah yang sama digunakan oleh title satu buku yang aku suka baca, Mahathir Maverick by Barry Wain, yang bongkar cerita lama Dr.Mahathir. Dari buku tu, dapat kita simpulkan yang Dr. Mahathir tak suka terikat dengan norma dan tak bias. Beliau suka fikir sendiri dengan dalam, dan tak bias pada kumpulan lobi bila buat keputusan.


-------------
Tahun 1997, ekonomi Asia Tenggara jatuh, bermula dengan Thailand dan jatuh satu demi satu termasuk Indonesia dan Malaysia. Sebab pertama, orang Malaysia, Thailand dan Indonesia tak banyak simpan duit, jadi terpaksa pinjam dari negara luar untuk jalankan projek, sama ada dengan ajak orang luar join-venture atau pelaburan terus. Bila pinjam dana luar, negara jadi tak kukuh lagi sebab terancam kalau pelabur tarik balik pelaburan tiba-tiba. Jadi bila Soros spekulasi matawang RM, terus jatuh matawang Malaysia.

Untuk pulihkan ekonomi Malaysia, Bank Dunia nasihatkan Dr.Mahathir tinggikan faedah bank.

Maybe kalau ikut logik, bila ketatkan syarat pinjaman bank, plus naikkan faedah, cuma orang yang berkelayakan saja yang berani pinjam. Kasi loan pada orang kaya contohnya, mesti takda masalah hutang tak berbayar. Jadi bank lebih secure, tak timbul lagi masalah peminjam tak mampu bayar.

Tapi Dr. Mahathir tak ikut nasihat Bank Dunia tu, sebab ikut logik Dr. Mahathir, kalau beliau naikkan faedah, jadi orang tak pinjam dengan Bank. Jadi duit tak mengalir dalam negara. Ekonomi perusahaan kecil sederhana (SME) yang paling ramai percentage rakyat begantung rezeki pun tak hidup nanti. Jadi Dr. Mahathir rotate sistem tu dan suruh Bank turunkan faedah.  

Bila bank turunkan faedah, ramai mula pinjam duit, duit pun mengalir dalam negara, dan negara cepat recover dari krisis ekonomi tu.



Sekarang, antara pemimpin UMNO yang aku rasa bakal ikut jejak Dr.Mahathir adalah timbalan menteri pendidikan, YB Dato Saifudin Abdullah. Beliau jenis devians juga, tak ikut kepala orang lain, ikut kepala sendiri, tambah pula rajin buat kerja.

Dato Saifudin orang yang rajin wat research sebelum bercakap, dan jenis terbuka terima idea orang lain, satu hari beliau realize yang akta AUKU tidak sah pun, sebab tak diwarta secara rasmi (?), takda masalah pelajar berpolitik.

Terus dia umum dalam majlis yang kebetulan masa tu aku ada sekali. Masa Program Asian Solidarity Economic Forum di Cheras.

Aku rasa kalau politicians UMNO lain tentu buat diam je. Sebab takut nak bercanggah dengan mainstream UMNO. Tak berani lawan bigboss

Takpa, kita perhatikan Dato Saifudin dari jauh. 


Jeng Jeng Jeng.. bakal PM Malaysia. Amin










November 16, 2011

Kota Lama, Kota Bharu. (Nov ’11)

  
Deretan kedai di Bandar Kota Bharu, Kelantan.

Area ni dinamakan bandar lama, bangunan banyak lama punya. Bangunan dalam gambar dibina tahun 1937. Dulu ni pusat komersil, sebab iconic Pasar Siti Khatijah, Istana Kelantan, Muzium Kelantan, Masjid Muhammadi pun dalam area ni tak jauh.

Sekarang pusat komersil berselerak di serata daerah Kota Bharu, tak lagi tertumpu area bandar lama ni.



DSC 2265



Lama manapun bangunan tu, kalau cat ‘matching’ dan seragam nampak sedap juga mata memandang.
Kota Bharu jadi tumpuan start zaman dulu lagi. Daerah kota bharu sebenarnya cuma dalam lingkungan 400k penduduk, tapi kalau nak kira area metro dekat 1 juta kot, sebab anggaran penduduk Kelantan 1.45 mil. Sebab tu nilai hartanah KB melonjak naik leni. Market besar. Daerah sekeliling macam Tumpat, Bachok pun begantung pada KB untuk urusan.

Kota Bharu leni bandar satelit dia ade 4, bandar kubang kerian, Pengkalan Chepa, bnadra baru tunjung dang wakaf che yeh. Tu yang aku faham lah.

Empat bandar satelit ni mengembang lebih pesat dari bandarpusat pula aku tengok.





DSC 2268



Bersih bandar KB sekarang. Nampak teratur lepas MPKB-BRI bikin jalan sehala dalam kawasan bandar.

Kat signboard kedai sebelah klinik tu tertulis “NACHI AGENCY SDN BHD - Ajen Lembaga Loteri Pekhidmatan Masharakat dan KEbajikan. Jalan Ismail Kota Bharu..”
Ade lagi ke Loteri zaman leni?

Aku pernah baca satu buku yang bilang semua Loteri Pekhidmatan Masharakat ni dah diswastakan, dan diberi jenama baru, SPORT TOTO bawah Tan Sri Vincent Tan.
Ni kedai lama, maybe tu signboard lama punya kot.


DSC 2267



Tak jauh dari jalan ni, ade pasar raya ‘Chin Seng’, antarapasaraya pertama di kelantan, selain Mydin. Chin Seng ni bangunan dia sebelah bangunan PAS. Orang biasa area KB mesti tahu tempat ni.

Mydin pertama di Malaysia pun kat kawasan ni juga.



DSC 2266




 Tarikh : Jumaat 10.00am. Nov 4, 2011
Lokasi: Sekitar bandar lama Kota Bharu, Jalan Dato’ Pati, Jalan Pintu Pong, etc.
Kamera: Nokia 3120 classic 2MP





November 11, 2011

Globe Silk Store







Beberapa hari lepas, aku ke Jalan TAR. Lokasi jalan ni, dia terletak di pintu muka SOGO, dan dipenuhi dengan pusat tekstil dan beli belah. Kami pegi dengan bas, tak rancang sebenarnya, tapi pakcik driver bas nak pujuk student perempuan yang merajuk tak dapat pegi iCity SA, sebab tu dia bawak juga kami shoping kat jalan TAR. Dasar jantan, cepat cair. :D Haha.

Perempuan mesti suka Jalan TAR sebab banyak jual tudung dan kasut. Lelaki suka juga sebab boleh cuci mata.



Caerita pasal Jalan TAR, aku teringat satu kompleks beli belah Globe Silk Store, amat popular dulu. Sampai orang kampung dari Kelantan, Kedah, Terengganu yang datang KL tak sah lawatan kalu tak masuk gedung ni. 

Aku biasa dengan nama Globe Silk Store, sebab arwah mama aku dulu tukang jahit, memang ramai customer datang tempah baju bawa sendiri tekstil mereka beli dari Globe Silk Store. Boleh baca dari plastik mereka. Biasanya orang kaya, ada antara mereka Dato dan Datin. Tekstil dari Globe Silk Store ni boleh kata branded dan koleksi terkini.

Globe Silk Store tutup tutup tahun 2005 rasanya, lepas pemilik Tan Sri Kishu Thirathrai dan isteri diisthihar muflis lepas berhutang dengan Affin Bank. Keruntuhan Globe Silk Store ni macam Titanic. Empayar tekstil besar yang orang tak sangka boleh tumbang, boleh bertahan selama 75 tahun, juga antara gedung pertama Malaya, boleh runtuh mengejut dalam masa singkat.




Tan Sri Kishu Tirathrai, time pekahwinan anak dia.

Tapak lama gedung Globe Silk Store sekarang dah jadi The Globe by Sarah Hughes, duduki bangunan sama. Dalam FB diorang pun claim benda sama, Sarah Hughes @ Globe Located at the former Globe Silk Store, lots of great value products are sourced from all over the world to be sold to people from all over the world.

Sini ada entri menraik dari blogger lain, pasal Globe Silk Store, dan bagaimana pekahwinan anak perempuannya sangat mewah, sampai mencecah kos RM7juta, satu nilai sangat tinggi zaman tu. 





November 4, 2011

How to cook a perfect steak




Tadi aku cari website, cara buat beef steak yang sedap,k emudian aku jumpa satu laman web yang bagus, basic trick buat steak daging lembu. 

Raya aidiladha tak lama lagi, jadi rasanya bagus kalau buat entri pasal masakan.

Steak perancis biasanya agak mentah (istilah dia 'rare'). Ada 4 kategori steak secara umum, 1.bleu (berair, suku masak), 2.rare steak (separuh masak), 3.medium, 4.well cooked. Ktegori ni dibahagikan mengikut tempoh masakan, dan dihidang dengan sayur macam kacang pis, lobak merah,cendawan atau tomato, bergantung pada tradisi tempat tu. 



Jadual kat atass ni pula untuk tempoh memasak yang sesuai. Rasa yang paling sedap, kategori steak 'rare' kot. Sebab jenis ni separuuh masak, lapisan luarnya garingrangup manakala lapisan dalam masak tapi airdaging steak tak kering sepenuhnyalagi. Bila kita potong, air daging tu menitis dan becampur dgn butter, jadi sos. Sedap..

Steak boleh dimasak dengan cara panggang atau goreng, tapi paling mudah goreng sajalah,senang. Bahan perlukan cuma Garam, pepper, minyak masak dan mentega.


Ini steps dia.
1. Daging dipotong setebal 2cm. Kemudian ditabur garam dan lada hitam secukupnya.
2. Kuali leper dipanaskan, dan dilapisi sesudu minyak masak. Kemudian ditaruk mentega, sehingga kuali dilapisi 1-2 mm lapisan mentega. Kuali yang sesuai adalah yang berat dan tapak tebal.
3. Kepingan daging diletakkan atas kuali leper, dan JANGAN sentuh sehingga tempohnya. Ini untuk cipta satu lapisan kerak yang enak rangup pada daging.
4. Apabila telah sampai tempoh (1-10 minit) begantug pada jenis steak kita mahu, balikkan daging tadi. Boleh taruk sikit lagi mentega sebelum daging dibalik.
5. Siap dihidangkan. 


Nota: Untuk restoran, mereka akan balut dulu steak baru diaangkat dari kuali dengan kerttas aluminium. Biasanya 7 minit. Ini untuk bolehkkan daging steak tu berehat, jadi tekstur daging tu jadi lebih lembut. 

Pasal sos pula, biasnya orang makan dengan soso ladahitam atau sostomato. Tapi better makan ratah sajalah steak ni tanpa sos. Nanti hilang nikmat, rasa air daging tenggelam dengan pedas sos. Hilangrasa sedap. Maybe kalau tabur pepper+garam sikit pundah cukup utk tambah perisa.




Selamat mencuba. Raya haji dah dekat ni, banyak daging dalam peti sejuk, boleh try. :D



simple navigation

Followers