Subscribe:

December 30, 2011

Saiz jubin, troli, 30 x 30


Di satu forum niaga negara jiran yang aku join, ada seorang forumer cerita strategi niaga supermarket besar kat Indonesia sana. 


Dia bilang dia belajar teknik ni dari orang dalam industri. Jadi memang proven lah. Bagus betul dia mau kongsi pengalaman dia.


Kat Indonesia, 5 hypermarket terbesar diorang menguasai 11% sales jualan peruncitan. Hypermarket biasalah, barang murah dan fresh, banyak pilihan pula. Kadang kadang orang beli untuk jual balik.


Dalam industri runcit, banyak benda kecil yang kita anggap remeh sebenarnya penting. Macam saiz jubin dalam supermarket. 


Kalau kita perasan, organisasi macam Carrefour dan Tesco biasanya guna mozek putih/krim saiz 30x30. Saiz 30x30 ni memperlambatkan langkah kita berjalan. Bila dah lambat berjalan dah tentu kita tengok kiri-kanan tengok barang. Bila mata melilau, dah  terbeli barang asalnya kita tak mahu. Based kajian, ni lah saiz paling optimum untuk kegunaan supermarket.

Tak sesuai lantai simen atau mozek kecik. Sebab bila pakai troli, tayar troli bergegar dan buat tak selesa, rasa nak keluar segera dari kedai tu.

Sebab tu lah kot orang dah tak berapa rajin pegi The Store leni. hehehe.


Kedua, tak buka semua kaunter diorang buka, mesti ada yang tutup satu dua. Panduan mereka, satu kaunter bayaran mesti dalam lingkungan 5-6 orang setiap queue. Queue yang panjang buatkan pasaraya nampak meriah, dan bila orang tengok dari jauh (cermin tingkat) mereka akan buat kesimpulan awal yang pasaraya ni ada tarikan.

Ketiga, sediakan raga atau troli. Kalau kedai runcit kampung biasa tak banyak sedia bakul untuk pelanggan, pelanggan yang datang rasa susah nak bawak barang banyak-banyak pegi kaunter. Ibu-ibu yang nak bayar harga barang bawak setakat muat tangan je. Bila dah ada bakul kat tangan, senang sikit nak beli barang.


bersambung..

December 23, 2011

Kamera handphone dan memori


UMK 2008 

Malam tadi aku dijemput ke ceremony penyampaian hadiah contest photography kat kampus. Tema contest adalah 'nature conservation'. Disebabkan temanya agak mudah, aku pun tergerak nak join sekali. Alhamdulilah, dapat juga saguhati. Dapat hamper. Dalam hati rasa berbaloi join contest ni sebab niat asal suka suka saja.

Gambar no 3 (tasik) aku pertaruh untuk contest ni. Ni time pegi vacation kat tasik kenyir tahun 2009.

Tasik Kenyir memang cantik, macam lukisan pakai cat minyak. Cuma sayang sebab resolusi dia kecil, saiz 1600x1200 kamera Nokia 2 megapisel. Kalau print tak cantik lah, gambar akan pecah. Lagipon saiz dia cuma 0.3Mb, nak banding dengan kamera DSLR 3.0Mb macam enggang dengan pipit. Hehe.






Ini dia telefon primary aku. Aku dah guna telefon sekarang ni dari tahun 2009 lagi, sangat berjasa sebab banyak rakam detik penting dalam sepanjang hidup dalam kampus ni. Nokia 3G dan boleh terima MMS, dan ada kamera. Dah mula sakit sakit, bateri pun gelembung, tunggu masa nakk rosak je ni. 


Harapnya dapatlah phone betahan 8 bulan lagi sampai aku grad 2012, sekrang aku tengah kontang humidity 0%, financial crisis. 


gambar yang memenangi temat ke-empat contest foografi. aku snap guna kamera henset nokia. lokasi tasik kenyir terangganu
Bila tengok balik gambar lama dalam memori SD hanphone, rupanya aktif juga aku ni dalam kampus. Ade lebih 15 aktiviti aku sertai sepanjang berada 4 tahun di kampus, pegi sana-sini. Univ kecil macam UMK ni macam tu lah, lebih lagi aku ni batch kedua UMK, student tak ramai lagi, sedangkan aktiviti banyak. Teringat balik sebab lihat koleksi gambar dalam memori kad.


Baru-baru ni, masa nak isi resume memohon tempat LI untuk semsetar depan, dan aku lupa tarikh participation date.


Mujur ada gambar dalam memori kad SD, jadi aku merujuk tarikh pada properties. Dah jadi macam album timeline pula semua koleksi gambar dalam simkad phone ni.



Arwah mama - 2007. Gambar atas gambar, last yang ada pasal masa tu
takda kamera kat umah. Menyesal pulak rasa. 

Sekarang dah masuk semester akhir aku di alam akademi. Baru tau diri dah tua, hahaha. Masa dah masuk sem akhir ni baru aku tahu pasal values of memories, nilai sekeping gambar. Boleh dikatakan aku tiada langsung gambar dari umur 7 tahun sampai 19 tahun, kecuali gambar paspot dan candid dari orang lain punya kamera. Masa tu mama/abah tak rasa kamera satu keperluan, mungkin sebab fikirkan prioritas anak-anak kecil dan ramai 5 orang lebih penting.


Aku pun perasaan macam tu juga dulu, beli kamera buat apa membazir saja kalau beli.

UMK 2011 - Banjir


Tapi bila masuk umur 23 tahun ni baru rasa ralat dan rugi. Dah 12 tahun dunia aku terpadam dari sebarang rekod, ruginya. Padahal masa tu lah banyak paling ketara zaman membesar dan bolih lihat perubahan growth dari muka keanakan ke muka sekarang rupa kusut masai tak terurus. Hehe. Tapi syukur gmbar aku masa umur kecil masih banyak, tunggu scan saja ni. 


Kebanyakan gambar kami mase kecil ada dalam simpanan mak sedara dan kazen. Diorang tengah remaja masa tu, umur 15-25 tahun tengah hot dan sibuk berkasih, memang kena ade kamera nak snap gmbar sendiri nak kasi kat BF. Hahaha. 

Terima kasih pada mak saudara dan kazen aku snap gambar, dapat preserve masa silam aku. Hish.








December 16, 2011

Semester Last


Gmabr mase kat matrikulasi. Baris no dua, belakang pmpuan pakai tudong merah. Tu misai tiruan saja pakai soletape hitam, brangan nak jadi Albert Einstein, student fizik kan.. :P 

Antara minggu last kat kampus. Sekarang aku dah semester tujuh, semester last. Cuma lagi satu sem baki, sem 8 praktikal industri.

Dalam hati ada rasa gembira campur sayu.

Rasa suka sebab dekat zaman nak btunang nak bekerjaya dah hampir bermula, rasa sayu sebab berpisah dengan kawan-kawan.

Lepas ni aku jadi lone-wolf. Takda lagi pening kepala buat assignment dengan grupo, takda lagi presentation. Semua tinggal kenangan. Takda pressure. Tapi pressure tu lah yang jadi environment.

Zaman toleran pada kesilapan dah nak berakhir. Zaman study ni,takda orang marah kalau kamu buat silap. Tapi bila zaman keja nati, bila buat salah mati lah kamu. Takda toleransi lagi. Zaman ambik mudah dah nak abis.

Kurang setahun dari sekarang aku akan masuk zaman kena pikul tanggungjawab. Haish. Tak best betul jadi anak sulung.


Harap harap jangan ade lagi yang delete facebook dia. Nati lost contact. 


---------
Mode: bisi cari tempat praktikal. 

December 2, 2011

Geng-geng Dato dan Datuk



Selalu dulu aku confuse, apa beza Dato' dan Datuk? Bunyi sama saja, tapi ada beza sebenarnya. Pekataan Dato' tu merujuk pada gelaran/ pangkat yang dikurnia oleh Sultan. Manakala title Datuk dikarunia oleh kerajaan persekutuan, atau oleh Gabenor.

Yang diPertua Negeri, bagi negeri tak bersultan kalau mereka kurniakan gelaran, itu juga dieja sebagai Datuk juga, bukan Dato’. Sebab tanggungjawab mereka kepada Yang diPertuan Agong, iaitu bagi Persekutuan Malaysia. Sama saja lah.

Ini based apa yang aku faham lah. Kalau silap cepat tegur.


Dato Paduka Ibrahim Ali, MP Pasir Mas Kelantan


Tapi ramai yang keliru antara penggunaan dua title ni. Termasuk media masa sendiri. Kalau The Star, The New Strait Times tu aku tengok pengarang dia main hentam ja nak guna Dato' atau Datuk. Bagi mereka sama saja. huhuh.


Title Datuk ni agak rare.  Limit pada 200+200 orang dalam satu-satu masa. Tak banyak Datuk, cuma orang tertentu saja. Mungkin sebab jasa atau sebab lain yang buatkan kerajaan berkenaan kat dia, rekomen nama dia kat YDPA utk kasi Datukships. Reason, kenang jasa dan inspiring orang ramai ikut jejak dia.   

Sebaliknya pula dengan pangkat bergelar Dato', ramai betul yang pakai. MP Pasir Mas Kelantan, Dato’ Ibrahim Ali ada 3 title Dato’. Jadi bila Sultan Kelantan V tarik title dia, dia masih lagi bergelar Dato’ sebab lagi dia masih ada baki dua lagi.

Seorang sedara mara terdekat aku ada title Dato', tapi dia refuse nak pakai. Takda special dia cakap. Jadi orang panggil dia Pak Cik saja. Dia pun hidup sederhana je, bukan dalam banglo mewah ke apa ke.

Kat Filipina, mereka sana guna gelaran Datu. Ada Datu Daya (Raja pulau cebu), Datu Kalantiaw (Raja Bendahara). Tujuan sama saja, maksud dia gelaran bagii orang terhormat. Filipina pun secara umum orang melayu juga, cuma ramai mereka bukan muslim.

Cerita pasal Filipina ni, dulu ada proposal orang sana nak tukar nama Phillipina ke nama Malaysia, memandangkan mereka percaya mereka orang melayu. Tapi malang sebab negara kita dah cop dulu nak pakai nama Malaysia/Malaya tu. Tepaksa la mereka kekal dengan nama Phillipines sampai sekarang.

Apa sekali pun, apa yang tergambar dalam fikiran aku bila dengar nama Dato', dalam fikiran aku mesti terbayang seorang tu ade lesen kontraktor dan baik dengan orang dalam kerajaan.

Typical UMNO Bisnessman mesti title Dato’. Kalau tak nanti susah nak dapat projek. Hahaha.


YB Dato’ Alan Razak, mungkin?





TAMBAH SIKIT.. 
Sebenarnya dalam institusi beraja di Malaysia ni.... Anugerah dan bintang kebesaran Dato pertama kali diperkenalkan di tanah melayu 1886 oleh Sultan Abu Bakar dalam empayer kerajaan johor sekembalinya baginda melawat england dan eropah. tujuan asalnya beb untuk menghargai jasa bakti kepada 12 orang ahli jemaah menteri yang taat setia membangunkan Johor moden pada masa itu. membawa gelaran "Yang berhormat" 1925 Sultan Ibrahim membuat undang2 siapa calon yang benar2 layak dapat gelaran Dato ni.. 1990 calon beraga islam dikehendaki solat sunat taubat dulu pastu buat lafaz sumpah syarie taat setia kerajaan Maka dari 1886 sehingga sekarang hanya 716 anugerah dato Johor sahaja yang di kurniakan... Jumlah Dato Johor Tak banyak.. kerana Anugerah Dato Johor dianggap berat.. bukan semua orang boleh dapat.. kalau Jasa bakti tak seberapa jangan mengharap dapat.. Kena buat bakti besar kepada rakyat Johor dan terbukti baru sultan perkenankan anugerah tu.. kalau terpalit keburukan Sultan berhak tarik balik Anugerah tersebut
Afzanizam


Reference: 

simple navigation

Followers