Subscribe:

May 1, 2012

Kasut Fung Keong



Anda masih lagi boleh mendapatkan kasut keluaran Fung Keong, dipasarkan dengan jenama yang lebih trendi seperti All America, Fleks, FKS dan Pennylane, di kedai runcit mahupun di department store di bandar-bandar kecil di sluruh Malaysia.

Daripada asal pengeluar bot kanvas hitam yang sederhana kepada pengeluar produk kasut dan selipar yang terkemuka – TAN LEE KUEN sangat memahami evolusi kasut bola tempatan.

Kasut Nike dan Adidas tidak wujud pada tahun 50-an di Malaysia. Jadi, apakah penduduk tempatan pakai pada masa tersebut untuk bermain bola sepak?

Jawapan: Kasut Fung Keong, itu pun sekiranya mereka mampu berbelanja untuk membeli kasut.

Diperbuat dari kanvas dengan tapak getah, kasut Fung Keong dijual dengan harga yang murah dan sangat mampu milik. Asalnya, dia digunakan oleh penoreh getah untuk melindungi kaki dari terpijak duri semalu ketika menoreh, dari memijak selut dan tanah ladang yang lembab dan lecah – ia kemudiannya turut digunakan oleh penduduk kampung sebagai kasut bola.


Kasut Fung Keong memiliki sejarah yang panjang. Asalnya dia dikilangkan di Guangzhou, China kemudiannya dikilangkan di negara ini.

Sebuah kilang dibina di Klang pada 1939, menghasilkaan kasut getah untuk kegunaan umum. Antara peneraju pertama yang meneroka pasaran kasut kanvas di Malaysia, Fung Keong akhirnya menjadi jenama sebutan isi rumah. Kasut 'kung-fu' keluaran Fung Keong amat popular dikalangan peminat Bruce Lee dan aktiviti lasak seni bela diri.


Pada 1984, fung Keong dibeli oleh GCB Trading, dan kilang mereka di Malaysia ditutup,manakala kilang mereka di China terus beroperasi. Siri kasut general purpose Fung Keong yang sebelumnya laris ditamatkan bagi memberi tumpuan kepada penghasilan kanvas kanak-kanak.

Imej Fung Keong juga mengalami perubahan, mengalami penjenamaan semula dan jenama-jenama baru yang lebih universal seperti All America, Fleks, FKS and Pennylane diperkenalkan.

Kami dikenali karena siri kasut untuk seragam sekolah, “ kata T.F Lim, pengurus besar GCB Trading. “Tapi kami tak boleh bergantung sangat pada produk kasut sekolah dan kasut kanak-kanak, dan sekarang ada pasaran untuk kasut sukan..”

Ksut sukan terbaharu keluaran Fung Keong diperbuat dari kulit tiruan (sintetik) dengan kemasan termo-plastik. Ianya dijual murah, dengan harga rat-rata bawah RM50. Kasut futsal juga turut dihasilkan mereka.

Jadi untuk generasi lama yang tertanya-tanya tentang kasut Fung Keong yang popular di zaman childhood mereka, maka ketahui lah yang jenama fung Keong masih bernafas hinga kini walaupun dengan nama baru. Kasut Fung Keong duduk sebaris dengan kasut keluaran syarikat lain di kedai runcit dan mini market, di pekan dan bandar seperti Tampin, Segamat dan Kluang.

Di Kuala Lumpur, kasut warisan Fung Keong dijua di Summit, Globe Silk Store, Mydin, Fajar, Back to School dan Kamdar. 


-----------
Memang kasut Fung Keong sangat popular di kampung. Ramai bapa saudara aku yang bekerja sebagai petani atau penoreh, gunakan kasut ni untuk mmencari rezeki.

Fung Keong juga ada mengeluarkan tayar, tayar yang berkualiti tinggi. Itu lah tayar FKR, yang tahan lama dan lambat haus tu.. Ramai kawan aku yang rekomen tayar jenis FKRuntuk dipasang kat motor modenas, sebab kualitinya. FKR = Fung Keong Rubber.

Afzainizam mesti terer tentang pemilihan tayar berkualiti ni. Hehe.



P/s: Artikel asal disiar di The Star dalam bahasa Inggeris, berusaha menterjemahkannya.



Rujukan dan kedit gambar: Cari forum http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=496475&extra=page%3D1

10 comments:

nGiau said...

kami d sini panggil ni kasut, kasut bot! hehe

alan said...

yup kasut ni popular dikalangan generasi lama..cuma aku je dalam famili yang tak pakai sebab zaman aku yang popular untuk ke sekolah adalah kasut BATA..tapi sekarang kasut BATA pun macam dah tak berkualiti sangat..cepat rosak terutama kalau part yang lekat pakai gam.

asrul rae said...

Ngiau: zaman sekarng emang dipanggil kasut bot lah.. Buat menoreh etah kan.. takut pacat semua..:)

cantik templat blog baru ko ngiau.:)

asrul rae said...

Kasut bata.. sekarang da made in china kot.. Dulu kilang kat malaysia kan?
alan:
High taste ko ni pakai kasut mahal.. Kasut bata cuma sekali aku pakai. Darjah 2 kott. Lepas tu kasut biasa je, takda jenama. Kasut bata memang dari dulu ku minat. design dia cantik

Tapi zaman aku kena pakai kasut hitam start sekolah menengah. Zaman aku sek menengah kasut hitam bata takde lagi..

Afzainizam said...

eeemmmm aku pon zaman sekolah aku pakai bata tapak hijau tu... buat main sepak takraw mmg best gilerr...

lagi satu aku ingat satu kasut jenama arrow tapak biru pon best... last aku pakai pallas jazz kemudian agak gengstar sikit masuk menengah hanya pakai kasut kungfu a.k.a kasut penguin... ni kira top pada zaman aku sekolah... sampai guru displin rotan aku... mmg jadi kengan beb...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
diy repair seat kereta berlubang

Afzainizam said...

kasut getah tu di panggil kasut pua chu kang a.k.a gumboot sampai sekarang buat masuk kandang lembu.... pakai kasut ni selamatkan kaki dari terkena tahi lembu... lagi pon senang basuh just curah kat air dah bersih dah...

Fung Keong, Goldcup dan Dragonfly kalau sapa yang pernah pakai mmg terbaik pada zaman tu.... Prestasinya juga boleh tahan. Tetapi jika dilihat dari segi keistimewaan mungkin tidak setanding dengan kasut jenama mahal yang mempunyai ciri-ciri keselamatan tambahan lain. Mungkin mereka kalah dari segi design dan material. Maklumlah harganya sangat berpatutan.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
diy repair seat kereta berlubang

Anonymous said...

kasut penguin murah, ringan pulak tu. Dah la selesa pkai, macam selipar je. :))

Anonymous said...

time aku sekolah menengah dulu aku pakai kasut all america, sampai aku masuk U pun jenama all america, rm50 leh tahan 2 tahun banding kasut bundle yang dah dipakai harga rm50 gak.

asrul rae said...

10May

Yah, kasut penguin atau kasut kungfu.Jadi pilihan sebab harga murah dan selesa pakai. :)

asrul rae said...

18 Jul

All America ni keluaran Fung Keong juga rasanya. Saya suka juga all America sebab berkualiti. :)

simple navigation

Followers