Voucer buku 1 Malaysia
Tadi saya pergi ke Pesta buku Negeri Terengganu 2012. Saya masih lagi ada 2 keping lagi voucer buku 1Malaysia, tak tahu nak guna buat apa, jadi saya decide untk beli satu buku masakan harga RM49. Jadi tinggal sekeping sajalah voucer tu. Beli buku masakan tak rugi, sebab isi kekal kan. Terima kasih PM 1Malaysia.
Baca majalah tema kewanitaan ni best. Dulu dalam rumah aku banyak betul buku feminim macam Wanita, Saji atau Landskap gitu. Pengisian pun best, dan pelbagai, kebanyakannya tips dan DIY. Jadi untuk lelaki bujang boleh kata sesuai jugalah kan boleh buat sendiri semua yang simple-simple. Terutama masakan yang gunakan bahan yang sikit, 4-5 bahan saja.
Kadang-kadang bila singgah gerai akhbar, nampak majalah feminim macam Wanita atau Saji. Teringin juga mau beli majalah gini tapi malu lah. :P
Donut
Ni resepi donat. Dapat secara tak sengaja, saya merayau-rayau dengan seorang kawan kat pesta tu, dan belek-belek buku untuk dibeli terbaca halaman resepi donut. Saya hafal resepi tu then masa kat rumah saya cuba buat balik ikut resepi buku. Kebetulan semua bahan dah tersedia umah, jadi terus buat lah.
Ibu roti boleh beli kat kedai runcit dengan harga Rm0.80 sepaket. Sebut ja Mauripan, semua orang tahu tu ibu roti. Topping donut pula boleh guna coklat atau susu krim macam BigApple atau DunkinDonut, tapi saya guna gula pasir je.
Resepi donat
1. Tepung gandum - 1 gelas
2. Yis (ibu roti jenama Mauripan) – ½ sudu kecil
3. Creamer Nestle – 1 sudu
4. Pelembut roti – ½ sudu kecil
5. Planta – ½ sudu
Mauri-Pan dibancuh dengan sedikit air kosong. Kemudian bancuhan dicampur dengan segelas tepung gandum dan dua sudu besar creamer Nestla tadi. Boleh letak garam kalau mahu. Sebatian digaul dan diuli sampai jadi doh.
Doh ditaruk atas tempat rata, dan dileperkan. Lepas tu guna mug dan tekap doh tadi sampai jadi bentuk donat. Dah siap, rehatkn adunan tadi dalam peti sejuk selama 4 jam sebelum digoreng tenggelam.
Aku suka buat donat gergasi saiz tapak tangan. Puas hati aku. :D
Rasa donat ni sangat sedap sebenarnya.. Tekstur dia lembut... rasa enak lemak berkrim.. taruk creamer kan. Kalau nak kasi wangi boleh letak majerin, tapi tak penah lh aku buat. Boleh cuba sendiri kalau mahu.
Nak lagi sedap taruk lagi banyak creamer tapi tak boleh la banyak sangat nanti minyak jadi kotor, creamer kan boleh hngus. Se lagi takut dinding (?) donut tu jadi berkerak dan keras. Gula kan bila dah dipanaskan akan mencair dan jadi karamel.. Mungkin akan jadi poros dan serap minyak, jadi tak sedap.
Dapat inspirasi dari Tangan matahari Azuma Kazuma, Yakitake Japan.
p/s: Lepas ni aku nak cari resepi buat 'breaded' ayam goreng pulak. Dah sokmo sangat breaded ayam salut garam kunyit je.